Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Aktor Veteran Kampung Pisang Bersiri-siri, Mat London Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-paru
 Aktor Veteran Kampung Pisang Bersiri-siri, Mat London Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-paru
Selebriti Semasa

Aktor Veteran Kampung Pisang Bersiri-siri, Mat London Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-paru

by VOKALIS 14/07/2023 532

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran Facebook anaknya Salmany Akir Ahmad kira-kira 6.30 pagi tadi, pelakon drama Kampung Pisang Bersiri-siri itu dimaklumkan menghembuskan nafas terakhir jam 5.57 pagi.

“Sesudah laungan azan subuh… papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi, pagi Jumaat,” tulisnya di ruangan status Facebook.

Terdahulu, bekas suami kepada dramatis Datin Fadilah Mansor itu dimasukkan ke ICU HKL akibat jangkitan kuman di paru-paru sejak 16 Jun lalu.

Fadilah dan Mat London berkahwin pada 1989 sebelum mereka bercerai pada 2012.

Fadilah dan Mat London bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Alia Farhani, 32 dan Faeesal Aswad, 29.

Drama Kampung Pisang Bersiri-siri merupakan karya terakhir lakonan arwah Mat London.

Selepas dirawat di wad biasa, Mat London kemudian dipindahkan ke wad pengasingan susulan keadaan kesihatan yang semakin merosot, sebelum dipindahkan ke wad ICU untuk pemantauan rapi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa Stadium

Bekas Jurulatih Skuad Harimau Malaya, B Sathianathan

by VOKALIS 18/07/2023 242

KUALA LUMPUR – Dunia sukan bola sepak kehilangan seorang jurulatih berwibawa iaitu B Sathianathan

Semasa

Hidap Radang Paru-paru, Ibu Yati Atau Wanti

by VOKALIS 11/07/2023 379

SERDANG – Pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI 2014 (Anugerah Kajai) Wan Norhayati Wan Alias dilaporkan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.