Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Kenapa Saya Dituduh Mengkhianati Melayu Dan Islam?” – Anwar Nafi Kecilkan Bangsa Serta Agama
 “Kenapa Saya Dituduh Mengkhianati Melayu Dan Islam?” – Anwar Nafi Kecilkan Bangsa Serta Agama
Semasa

“Kenapa Saya Dituduh Mengkhianati Melayu Dan Islam?” – Anwar Nafi Kecilkan Bangsa Serta Agama

by VOKALIS 17/07/2023 241

KEPALA BATAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk mengecilkan Islam dan Melayu.

Beliau turut menafikan tuduhan beberapa pihak yang mengatakan beliau anti-Islam ketika mentadbir negara selama lapan bulan ini.

Tambahnya, kebanyakan jawatan tertinggi kerajaan masih dikuasai oleh golongan Melayu-Islam termasuk kedudukan eksekutif dan penjawat awam.

Anwar turut meminta semua pihak agar tidak memainkan isu tersebut bagi mengelakkan permusuhan kaum di negara ini.

“Saya meminta semua pihak untuk menilai sebaiknya, sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan agar tidak wujud permusuhan kaum di negara ini.

“Selamatkan negara ini, jangan izinkan ada permusuhan kaum yang menyebabkan kita kembali runtuh kerana nilai kita,” jelasnya. – THE VOKAL

Sumber: SUARA MERDEKA

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.