Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] Muncul Naik Lori Ke Karpet Merah ABPBH35, Aina Abdul Melaram Busana Oversize Shirt Rekaan BeHati
 [V] Muncul Naik Lori Ke Karpet Merah ABPBH35, Aina Abdul Melaram Busana Oversize Shirt Rekaan BeHati
Selebriti Sohor

[V] Muncul Naik Lori Ke Karpet Merah ABPBH35, Aina Abdul Melaram Busana Oversize Shirt Rekaan BeHati

by VOKALIS 21/07/2023 233

KUALA LUMPUR – Penyanyi dengan signatur fesyen pelik, Aina Abdul muncul dengan menaiki lori serta menyarung fesyen blazer gergasi bersaiz empat kaki.

Aina dalam persalinan avant garde ala met gala berona merah mencuri tumpuan dan terpaksa melangkah berhati-hati di karpet merah malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35) di Istana Budaya di sini.

Aina memakai baju blazer rakaan Behati dan dijayakan oleh penata gaya Abu Shaef Hamza.

Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.

“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yabg kerap saya pakai sebelum ini.

“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar,” katanya.

Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya itu.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

“Konsep bunga mawar pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.

“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” jelasnya.

Kemunculan Aina itu boleh dikatakan seperti acara Met Gala yang cukup popular menampil fesyen extravaganza selebriti. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Persis Ratu Emas, Siapa Sangka Busana Mewah

by VOKALIS 23/11/2023 379

Sabtu lalu telah berlangsungnya Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang menyaksikan hampir

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.