Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hafidz Roshdi Sah Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu, Nurul Shuhada Berlinangan Menahan Sedih
 Hafidz Roshdi Sah Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu, Nurul Shuhada Berlinangan Menahan Sedih
Selebriti Semasa

Hafidz Roshdi Sah Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu, Nurul Shuhada Berlinangan Menahan Sedih

by VOKALIS 27/07/2023 296

SHAH ALAM – Pelakon, Hafidz Rosdi disahkan bercerai dengan isterinya, Shuhada talak satu pada Februari lalu, oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin memutuskan demikian ketika prosiding pengesahan lafaz cerai luar mahkamah daripada pelakon itu atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, terhadap Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Ketika membaca keputusan berkenaan, hakim syarie ini berkata, setelah mendengar permohonan Hafidz selaku plaintif, termasuk keterangan semua pihak, mahkamah mendapati lafaz cerai yang dibuat secara lisan, pada jam 11.40 malam, 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

“Mulai tarikh dan waktu itu, jatuhkan talak satu kali pertama ke atas Shuhada selaku defendan.

“Sebelum ini, defendan mengandung maka edahnya adalah sehingga bersalin atau keguguran, seterusnya mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Petaling dan surat nikah dibatalkan,” katanya.

Bagaimanapun Siti Rahmah berkata, lafaz yang didakwa dilakukan pada jam 12.59 tengah hari, 22 Januari lalu adalah tidak menjatuhkan talak kerana tidak memenuhi syarak.

Dalam prosiding ini, Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sementara peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf bagi pihak Shuhada.

Pada 27 Februari lalu, Hafidz dan Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini, mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga.

Pada 22 Februari, Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.

Kemelut rumah tangga finalis Hero Remaja itu mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. – THE VOKAL

Sumber: SINAR HARIAN

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Fattah Fazura Cerai : Nafi Curang, Tak

by VOKALIS 07/10/2024 159

Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas

Selebriti Semasa

Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada

by VOKALIS 07/10/2024 172

Pengabaian nafkah, tiada persefahaman dan curang. Ini tiga sebab yang didakwa pelakon, Nur Fazura,

Semasa Sensasi

Afiq Muiz Akhirnya Sah Bercerai, Jatuhkan Talak

by VOKALIS 19/07/2023 254

KUALA LUMPUR – Pelakon, Afiq Muiz, 31, dan isterinya, Pachara, 32, sah bercerai di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.