Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] Pengacara Dan Pempengaruh Terkenal, Mek Yun Cuak Diekori Lelaki Warga Asing Tidak Dikenali
 [V] Pengacara Dan Pempengaruh Terkenal, Mek Yun Cuak Diekori Lelaki Warga Asing Tidak Dikenali
Selebriti Semasa

[V] Pengacara Dan Pempengaruh Terkenal, Mek Yun Cuak Diekori Lelaki Warga Asing Tidak Dikenali

by VOKALIS 28/07/2023 351

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang juga pengacara MBuzz, Mek Yun dakwa telah diekori lelaki dipercayai warga asing sewaktu berjalan-jalan bersama ibunya di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Selasa.

Kejadian itu dimuat naik gadis yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu menerusi TikTok, sekali gus menerima maklum balas daripada para pengikut khususnya wanita yang pernah berdepan situasi sama.

Lelaki yang mengekori Mek Yun dan ibunya ketika membeli-belah di Sogo.

“Sekarang ni mok (panggilan ibu) dengan Mek Yun tengah jalan, ada lelaki menakutkan ni ikut kami. Kita dah jalan tiga kedai, dia masuk semua kedai dan acah-acah macam tengok barang.

“Mek Yun hampir nak berdepan dengan dia, nak rekod (kamera) tapi dia terus blah (pergi). Hati-hati wanita, kalau korang kena macam ni apa perlu buat ialah masuk ke kedai paling dekat dan bagitahu staff ada lelaki ikut.

Mek Yun bersama ibunya.

“Kalau nampak security guard, terus bagitahu. Jangan jalan seorang diri terutama ke tempat letak kereta,” katanya menerusi video dimuat naik Rabu lalu.

Amoi kelahiran Kelantan yang fasih berbahasa Melayu.

Sementara itu dalam keterangan video tersebut, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee memberitahu, ia kali kedua dia bersama ibunya diekori lelaki dipercayai warga asing, malah ketika berjalan seorang diri, dia pernah lima kali berdepan pengalaman sama. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.