Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Inilah Diri Saya Yang Sebenar” – Alya Iman Akui Komited Tidak Bertudung, Suka Dilabelkan Seksi
 “Inilah Diri Saya Yang Sebenar” – Alya Iman Akui Komited Tidak Bertudung, Suka Dilabelkan Seksi
Selebriti Semasa

“Inilah Diri Saya Yang Sebenar” – Alya Iman Akui Komited Tidak Bertudung, Suka Dilabelkan Seksi

by VOKALIS 02/08/2023 1255

KUALA LUMPUR – Aktres baharu, Alya Iman sedar dirinya akan dikecam apabila tampil seksi setelah membuat keputusan membuka tudung pada awal Aidilfitri lalu.

Alya yang merupakan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu bagaimanapun memilih untuk menetapkan pendirian.

“Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri sidang media Anugerah Telenovela di ibu negara baru-baru ini.

Pada masa sama, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 22, berharap agar khalayak dapat menerima penampilan terkininya itu.

“Saya fikir inilah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang lain dapat menerima perubahan ini dengan positif,” katanya kepada selepas majlis tersebut.

Ditanya sama ada Alya memberikan tumpuan kepada komen dalam media sosial, dia akui tetap membaca walaupun sudah dilarang.

26 Julai 2023 – ALYA IMAN Majlis Sidang Media dan Pelancaran Anugerah Telenovela Ke – 9 (ATN-9) yang diadakan di Starhill Gallery petang semalam yang dilancarkan oleh Pengarah Eksekutif Intact Media Sdn Bhd Rishi Ross. /M Firdaus M Johari

“Paling penting, saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya.

Dalam majlis sidang akhbar itu, aktres filem Tujuh Minggu Sebelum Kahwin itu tampil menggayakan gaun hitam tanpa lengan dengan ditemani abangnya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.