THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Undi Awal Catat Peratusan Tinggi, Eizlan Yusof Anggap Petanda Baik Perikatan Nasional Sabtu Ini
 Undi Awal Catat Peratusan Tinggi, Eizlan Yusof Anggap Petanda Baik Perikatan Nasional Sabtu Ini
Selebriti Semasa

Undi Awal Catat Peratusan Tinggi, Eizlan Yusof Anggap Petanda Baik Perikatan Nasional Sabtu Ini

by VOKALIS 10/08/2023 337

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini aktif dalam politik, Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, optimis peratusan tinggi dicatatkan pengundi awal Selasa lalu sebagai petanda baik pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu ini.

Ujarnya, ia menjadi petunjuk awal bahawa rakyat benar-benar mahukan perubahan dan yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menawan banyak tempat.

“Setiap kali saya turun berkempen memberi sokongan kepada calon-calon PN yang bertanding di DUN beberapa negeri, ‘aura’ diberikan bakal pengundi sangat positif,” katanya.

Tambah Eizlan, gelombang kebangkitan rakyat semakin membara apabila pihak lawan sering menyerang beberapa pimpinan tertinggi dalam PN terutama daripada parti Pas.

Katanya, pihak lawan boleh terus menyerang secara kotor figura seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Sanusi Md Nor mahu pun Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetapi mereka lupa rakyat sedang memerhati dan bijak menilai siapa yang benar dan salah.

“Serangan demi serangan yang dilakukan pihak lawan sebenarnya menguatkan lagi sokongan rakyat kepada PN.

“Sabtu ini menjadi penentu dan saya menyeru semua yang layak mengundi supaya tunaikan kewajipan untuk mengundi,” katanya.

Sepanjang tempoh berkempen, Eizlan dilihat aktif memberi sokongan kepada calon PN antaranya Datuk Seri Rina Harun (Calon PN DUN Batu Tiga), Hilman Idham (Calon PN DUN Gombak Setia) dan Hanif Jamaluddin, calon PN bagi DUN Sungai Tua. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa Sohor

[V] “Politik Mana Ada Dalam Islam!” –

by VOKALIS 11/08/2023 348

SEREMBAN – Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang

Selebriti Semasa

Baby Shima Umum Akan Bertanding Dalam PRN

by VOKALIS 25/07/2023 281

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Baby Shima, 30, memaklumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas

Selebriti Semasa

Penyanyi Rap Terkenal, Altimet Diumum Sebagai Calon

by VOKALIS 24/07/2023 329

SHAH ALAM – Penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet dinamakan sebagai calon PKR bagi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.