Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Penganggur Mengaku Salah Hempas Bayi Ke Lantai Dan Campak Budak Tiga Tahun Dari Tingkat Satu
 Penganggur Mengaku Salah Hempas Bayi Ke Lantai Dan Campak Budak Tiga Tahun Dari Tingkat Satu
Semasa

Penganggur Mengaku Salah Hempas Bayi Ke Lantai Dan Campak Budak Tiga Tahun Dari Tingkat Satu

by VOKALIS 11/08/2023 248

GEORGETOWN – Seorang penganggur mengaku bersalah atas dua pertuduhan cubaan membunuh terhadap seorang bayi dan kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Rabu.

Tertuduh Mohammad Azmin Hamanullah, 28, yang memakai pakaian hospital dalam keadaan berbalut tangan kirinya membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari.

Sementara pertuduhan kedua, didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar.

Mazdi kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Prosedur Jenayah.

Mazdi juga tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Kes ditangguhkan sehingga 11 September sementara menunggu laporan perubatan mental. – THE VOKAL

Sumber: SINAR HARIAN

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa Sohor

Terdengar Bisikan Halus, Pakcik Hempas Bayi Ke

by VOKALIS 03/08/2023 276

PULAU PINANG – Seorang bayi berusia 40 hari dan kakaknya tiga tahun, berdepan insiden

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.