Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 20 Januari 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 20 Januari 2024
Selebriti Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 20 Januari 2024

by VOKALIS 20/01/2024 229

1. Cebisan Pakaian Mungkin Bella – Kakak Cam Warna Baju Arwah

Cebisan kain yang ditemui pada rangka tidak sempurna di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, di sini, kemungkinan besar pakaian dipakai Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang hilang pada 14 Disember lalu.

Kredit Gambar: BH Online

Kakaknya, Norhisham, 36, berkata adiknya itu keluar rumah pada jam 11.40 malam hanya memakai baju kelawar biru gelap sambil ditemani teman lelakinya.

“Kalau lihat pada cebisan kain pada rangka, ia hampir sama dengan pakaian dipakai Bella pada malam kehilangannya.

Namun, saya tidak boleh menghurai lebih lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan dan menunggu keputusan ujian DNA,” katanya.

  1. SPRM Serbu Rumah Tan Sri – Rasuah RM4.5 Bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyerbu kediaman ahli perniagaan bergelar Tan Sri kelmarin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah mendapatkan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 bilion.

Kehadiran pegawai SPRM di kediaman ahli perniagaan yang terletak di ibu negara itu dipercayai dilakukan pada jam 10 pagi.

Menurut sumber, turut diserbu iaitu empat syarikat termasuk salah satu daripadanya adalah syarikat pembekal kenderaan kerajaan yang dihadiri pegawai SPRM bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

  1. Peminat Saman Madonna – Tak Tepati Masa Konsert

Satu saman difailkan terhadap penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Pop, Madonna oleh dua peminatnya kerana tidak menepati masa saat memulakan konsert Celebration Tour di Barclays Center, Brooklyn.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Madonna, 65, dituduh sebagai menyebarkan pengiklanan palsu (false advertising) kerana memulakan konsert yang berlangsung pada 13 Disember lalu itu, lewat dua jam.

Dua plaintif yang memfailkan saman terhadapnya mendakwa, konsert itu dimulakan pada jam 10.30 malam, sedangkan, jadual asal yang terpapar di dalam tiket dan iklan adalah 8.30 malam.

Tidak hanya itu, kedua-dua plaintif juga mendakwa, kesalahan sama turut berulang pada 14 dan 16 Disember.

  1. Nasi Kandar RM218 – Pegang Rekod Harga Termahal

Seorang lelaki berjaya memecah rekod membeli nasi kandar ‘termahal’ dengan pelbagai lauk termasuk sotong dan udang kesemuanya berharga RM218, di sebuah premis di Pulau Pinang.

Perkara itu dikongsikan pada Facebook restoran Nasi Kandar Sulaiman di Pulau Pinang, mengenai lelaki tersebut yang dikatakan berjaya memecah rekod di kedai berkenaan.

“RM218 pecah rekod. Rekod terbesar setakat ini. Seorang makan sampai RM200. Fuh, saya sendiri tak sangka! Orang pertama masuk RM200. Amat-amat dahsyat, tak disangka orang Pulau Pinang,” menurut hantaran itu hari ini.

  1. UiTM Bakal Semuka – Isu Tamat Kontrak Niaga Abang Soyaaa

Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor bakal bersemuka dengan Abang Soyaaa dan mengambil maklum berkenaan video di sosial media TikTok Abang Soyaaa yang tular pada 18 Januari 2023 lalu, berkaitan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

Dalam video berdurasi 5 minit 4 saat tersebut, pemilik akaun Abang Soyaaa menyelar tindakan pihak UiTM yang menamatkan kontrak perniagaannya di institusi pendidikan tempatan itu tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.

Menurut kenyataan rasmi Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Johor, pihak pengurusan dan unit yang terlibat sedang dalam proses menyelesaikan isu berkenaan.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 239

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 392

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 259

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.