Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Maut Angkara Kambing – Pekerja Chalet Kemalangan
 Maut Angkara Kambing – Pekerja Chalet Kemalangan
Semasa

Maut Angkara Kambing – Pekerja Chalet Kemalangan

by VOKALIS 28/02/2024 587

Seorang pekerja chalet, Muhammad Fahmi Aqil Hasim, 19, maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar dua ekor kambing dalam kemalangan di Jalan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kampung Nelayan menghala ke tempat kerjanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.20 pagi hari ini.

“Mangsa melanggar dua ekor kambing dan jatuh terbabas ke sebelah kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik. Terdapat kesan geseran di tempat kejadian. Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya kepada pemberita.

Menurut Arshad, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Shahidan gesa DAK dibawa pulang, persoal transaksi

by VOKALIS 14/11/2026 32

KERAJAAN digesa mengambil tindakan segera bagi membawa pulang tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi

Semasa

Selepas pembedahan tujuh jam, anggota polis ditetak

by VOKALIS 13/11/2026 58

Anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat

Semasa

Saifuddin, KPN ziarah anggota polis putus pergelangan

by VOKALIS 13/11/2026 10

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.