Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Warga Israel Didakwa – Mengaku Tidak Bersalah
 Lelaki Warga Israel Didakwa – Mengaku Tidak Bersalah
Semasa

Lelaki Warga Israel Didakwa – Mengaku Tidak Bersalah

by VOKALIS 12/04/2024 537

Lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru, bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Shalom Avitan, 38, tiba di Kompleks Mahkamah di sini dengan kawalan ketat polis dan dijangka berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api dan Akta Imigresen 1959/1963.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Senjata Api, suspek boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Pada 27 Mac lalu, lelaki itu ditahan di Jalan Ampang kerana memiliki enam senjata api dan 200 peluru.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu lebih 20 pengamal media berkumpul sejak 7.30 pagi bagi membuat liputan kes berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.