Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Pas Ini Membohong Daripada Dulu Sampai Sekarang..” – Tiada kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden Pas
 “Pas Ini Membohong Daripada Dulu Sampai Sekarang..” – Tiada kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden Pas
Semasa

“Pas Ini Membohong Daripada Dulu Sampai Sekarang..” – Tiada kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden Pas

by The Vokal 08/07/2024 261

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengalaman bekerjasama dengan parti itu sebelum ini menyebabkan keputusan tersebut diambil.

Menurutnya, banyak keputusan bersama yang dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati oleh Pas.

“Pas ini membohong daripada dulu sampai sekarang. Saya ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang. Sewaktu berdepan kita setuju, tetapi esok tukar, tidak setuju.

“Jangan percayalah, selagi orang itu jadi presiden. Jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengakui bahawa rakan-rakan dari parti Pakatan Harapan (PH) ikhlas bekerjasama sama ada di dalam kerajaan mahupun gerak kerja politik.

Menurutnya, ia dapat dilihat menerusi kerjasama dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK).

Malah katanya, ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak, biarpun Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi PH mahu Menteri Besar dipilih dalam kalangan pemimpin BN.

Jelas Ahmad Zahid begitu juga situasi yang berlaku di Pahang apabila PH turut sedia menerima Menteri Besar daripada BN.

Sumber: SinarHarian

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Hussein Pesan Sentiasa Bersatu Hati – Cucu

by VOKALIS 13/09/2024 269

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Kampung Lemal,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.