Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tengku Ampuan Pahang Rasmi Alhaya – Taja Tiga Pasangan Rawatan Kesuburan, Siti Nurhaliza Sebak
 Tengku Ampuan Pahang Rasmi Alhaya – Taja Tiga Pasangan Rawatan Kesuburan, Siti Nurhaliza Sebak
Semasa

Tengku Ampuan Pahang Rasmi Alhaya – Taja Tiga Pasangan Rawatan Kesuburan, Siti Nurhaliza Sebak

by VOKALIS 02/08/2024 167

Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  berkenaan untuk merasmikan cawangan baru Alpha IVF Group Berhad, yang dikenali sebagai Alhaya Fertility Centre.

Majlis perasmian juga diserikan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang telah berjaya melahirkan dua orang anak yang comel, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, melalui rawatan IVF beliau di Alpha IVF, syarikat bersekutu Pusat Kesuburan Alhaya.

Pembukaan cawangan baru ini merupakan satu pencapaian baru bagi Alpha IVF Group Berhad, Pusat Kesuburan Alhaya  berdedikasi untuk membolehkan setiap pasangan merealisasikan potensi mereka untuk menjadi ibu bapa dengan menawarkan rawatan kesuburan terkini dan sumber termasuk aplikasi terbaru menggunakan Kecerdasan Buatan untuk meningkatkan implantasi dan Pengaktifan In Vitro (IVA) bagi wanita dengan rizab telur yang rendah.

Pengarah urusan Alpha IVF Group Berhad Datuk Dr Colin Lee,  berkata, matlamat pusat itu ialah bagi membantu setiap pasangan merealisasikan impian mereka untuk menjadi ibu bapa.

“Dengan pembukaan rasmi Pusat Kesuburan Alhaya, kami bukan sahaja mengembangkan pasaran kami, tetapi juga mempertingkatkan komitmen untuk menyediakan rawatan kesuburan yang terbaik,” katanya pada majlis perasmian baru-baru ini.

Alpha IVF Group Berhad telah mencapai lebih 20 kejayaan dalam bidang rawatan kesuburan di peringkat antarabangsa.

Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Alhaya, Dr Haris Hamzah,  turut mengumumkan Alhaya menaja rawatan kesuburan untuk tiga pasangan dari Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).

Dr. Haris Hamzah turut menyerahkan plak simbolik mewakili penajaan tersebut kepada Tunku Azizah.

Terdahulu, Siti Nurhaliza dalam ucapannya berkongsi dalam nada sebak dua cahaya matanya  adalah hasil ikhtiar IVF.

“Senyuman Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa hari ini ni, adalah harapan patik ketika awal perkahwinan bersama pacal suami patik.

“Syukur Alhamdulillah, patik ditakdirkan untuk berjumpa dengan Datuk Dr Colin Lee, yang membantu patik dan pacal suami patik untuk menjalani perawatan IVF di Alpha IVF KL. 

“Segala kenangan pahit manis, suka – duka, membuatkan patik terus semangat untuk membantu insan – insan lain, yang memerlukan dorongan dan kata – kata semangat, dalam menjalani program perjalanan proses persenyawaan in vitro atau In vitro fertilization (IVF),” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Tunku Azizah Kongsi Siti Nurhaliza Hampir Hilang

by VOKALIS 27/07/2024 172

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkongsi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.