Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
 Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
Selebriti Semasa

Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang

by VOKALIS 07/10/2024 171

Pengabaian nafkah, tiada persefahaman dan curang.

Ini tiga sebab yang didakwa pelakon, Nur Fazura, 41, menjadi punca perceraiannya dengan pelakon popular, Fattah Amin, 33, hari ini.

Fazura berkata, sejak sekian lama, dia hilang rasa bahagia dan apa yang berlaku mengganggu emosi dan mentalnya.

“Sebab ramai pula bertanya dan buat spekulasi, punca perceraian pertama adalah Fattah sudah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima selepas sekian lama.

“Kedua, kami sudah tidak sefahaman lagi. Saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan. Tapi, saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya. Saya harapkan seorang suami akan ke depan untuk mempertahankan saya, tapi langsung tak ada.

“Ketiga, yang saya rasa memang saya tak boleh terima lagi adalah memang Fattah berlaku curang terhadap saya. Ya, saya ada bukti. Saya rasa tak perlu dedahkan (sejak berapa tahun),” katanya.

Menurut Fazura, dia juga sudah berkorban segala-galanya untuk rumah tangga mereka, namun semua itu umpama tidak ada makna, malah Fattah turut membawa wanita lain menaiki kenderaan yang dibelinya.

“Saya dah berkorban banyak untuk keluarga. Fattah sendiri pun ada keluarkan kenyataan mengenai pengorbanan saya. Sejujurnya, hari ini saya memang nak beritahu semua orang saya dah berkorban semua untuk Fattah.

“Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua untuk dia dan Fatima. Saya juga menghadiahkan kereta Range Rover untuk dia dan keselesaan dia. Jadi, untuk orang kata saya nak bercerai sebab tak sekufu, itu tak betul.

“Kalau saya rasa Fattah tak sekufu, saya tak bersetuju kahwin dengan dia. Jadi, dari awal semasa kami bercinta, saya terima dia dan keluarga dia seadanya sampai ke hari ini,” katanya.

Fazura berkata, dia sangat kecewa dan keputusan yang diambilnya ini adalah untuk maruahnya.

“Saya kesal kerana selepas saya berkorban banyak, kenderaan yang saya belikan itu pun dia bawa wanita yang haram bagi dia,” katanya.

Hari ini, Fazura dan Fattah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga.

Sumber: HARIAN METRO

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Fattah Fazura Cerai : Nafi Curang, Tak

by VOKALIS 07/10/2024 159

Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas

Selebriti Semasa

Nora Rujuk Lepas Sebulan Perceraian Dengan Dr

by VOKALIS 14/09/2024 204

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli

Selebriti Semasa

“Tiada Wanita Lain…Tanpa Ragu Saya Masih Sayangkan

by VOKALIS 14/09/2024 220

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.