Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Dayang Nurfaizah Kembali Dengan Album Janji – Lemah Mula Tawan Hati Peminat
 Dayang Nurfaizah Kembali Dengan Album Janji – Lemah Mula Tawan Hati Peminat
Selebriti

Dayang Nurfaizah Kembali Dengan Album Janji – Lemah Mula Tawan Hati Peminat

by VOKALIS 22/10/2024 232

Pemilik vokal gemersik Dayang Nurfaizah mengubat rindu peminatnya apabila muncul dengan album baharu berjudul Janji yang akan dilancarkan 22 Nov ini.

Menjelang hari pelancaran album yang dinantikan ramai itu, Dayang terlebih dahulu meluncurkan satu dari lagu yang bakal dimuatkan dalam album berkenaan.

Lagu berjudul Lemah, ciptaan Heal Husaini dengan susunan oleh Mac Chew, sudah mula disiarkan secara penstriman di semua platform utama Jumaat lepas.

“Lagu ini sangat bermakna bagi saya. Saya telah mencurahkan hati saya ke dalam Lemah, dan saya harap lagu ini dapat menyentuh pendengar dengan mendalam.

“Bekerja dengan Hael sentiasa memberikan pengalaman yang luar biasa. Keterampilan muziknya dalam mencipta melodi yang indah dengan emosi yang tulus dan tema yang boleh dikaitkan, memang tiada bandingan lagi, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kerjasama terbaharu kami berkembang,” kongsinya dalam kenyataan.

Sementara itu, Hael menganggap kerjasama dengan Dayang Nurfaizah sebagai satu penghormatan selain turut menyifatkan suara dan tafsiran penyanyi berkenaan memberi jiwa kepada lagu dengan cara yang benar-benar istimewa.

Video muzik untuk lagu tersebut dihasilkan oleh penerbit terkenal Lily Samsuddin yang bakal memperdalam impak emosi lagu itu secara visual menggunakan metafora.

Lemah turut mendapat sambutan baik peminat penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu dan mula diperkatakan di semua laman sosial.

Mengenai Janji, album dengan 13 buah lagu itu mengetengahkan kedalaman emosi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, dengan bertemakan tentang cinta, harapan dan kekuatan yang dipersembahkan dalam campuran lagu balada dan rancak. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.