Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lokasi panas banjir kilat di KL turun lebih 50 peratus, DBKL sasar 10 kawasan
 Lokasi panas banjir kilat di KL turun lebih 50 peratus, DBKL sasar 10 kawasan
Semasa

Lokasi panas banjir kilat di KL turun lebih 50 peratus, DBKL sasar 10 kawasan

by VOKALIS 17/11/2026 10

USAHA mitigasi banjir kilat di ibu negara menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah lokasi panas banjir berjaya dikurangkan daripada 31 lokasi pada 2022 kepada 14 lokasi ketika ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan  memaklumkan, pencapaian itu hasil pelaksanaan pelbagai langkah mitigasi termasuk penyelenggaraan infrastruktur saliran dan peningkatan sistem pengurusan air.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan akan diteruskan dengan sasaran mengurangkan jumlah lokasi panas banjir kilat kepada 10 kawasan atau lebih rendah menjelang akhir 2026.

“Usaha mengurangkan risiko banjir kilat di Kuala Lumpur terus diperkukuh melalui pelaksanaan projek mitigasi, penyelenggaraan infrastruktur saliran dan peningkatan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Antara tindakan yang dipergiat termasuk meningkatkan kekerapan penyelenggaraan parit, sungai dan kolam takungan kepada dua bulan sekali sepanjang musim monsun.

Selain itu, kerja menaik taraf sistem saliran dan saluran masuk air, menyelenggara stesen pam serta membina kemudahan takungan air bawah tanah atau On-Site Detention (OSD) dan tembok banjir turut dilaksanakan.

Bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir, seramai 350 anggota DBKL bersama bilik gerakan sentiasa bersedia untuk digerakkan apabila diperlukan.

Pemantauan turut diperkukuh menerusi Pejabat Cawangan DBKL di 11 kawasan Parlimen bagi memastikan keadaan semasa ketika hujan dapat dilaporkan secara terus dan tindakan segera dapat diselaraskan.

“Kerjasama strategik antara DBKL, Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi keselamatan dan penyelamat turut diperkukuh bagi memastikan pengurusan risiko banjir dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi langkah pencegahan, pemantauan dan tindakan kecemasan,” katanya.

Perkara berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan Kali Kedua yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebelum beliau mengadakan sidang media bersama wakil agensi berkaitan.

Mesyuarat itu turut membincangkan aspek keselamatan awam, jenayah komersial serta penyelarasan operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan kesejahteraan dan ketenteraman Wilayah Persekutuan terus terpelihara.

DBKL memaklumkan komitmen untuk meneruskan usaha mitigasi melalui perancangan jangka panjang, penyelenggaraan berterusan dan kerjasama erat antara agensi bagi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar raya yang selamat, berdaya tahan dan sejahtera untuk semua. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Malaysia-Perancis buka lembaran baharu, hubungan dinaik taraf

by VOKALIS 17/11/2026 7

MALAYSIA dan Republik Perancis melakar satu lagi perkembangan penting dalam hubungan diplomatik apabila kedua-dua

Semasa

Dr Sam hargai komitmen PEJUANG demi masa

by VOKALIS 17/11/2026 8

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan penghargaan kepada Presiden

Semasa

Chan Chee How angkat sumpah ADUN lantikan,

by VOKALIS 17/11/2026 56

Terengganu mencatat satu lagi perkembangan positif dalam pentadbiran negeri apabila Chan Chee How mengangkat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.