Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. 63rd Golden Horse Awards: PMX bangga kejayaan 4 anak seni Malaysia
 63rd Golden Horse Awards:  PMX bangga kejayaan 4 anak seni Malaysia
Selebriti

63rd Golden Horse Awards: PMX bangga kejayaan 4 anak seni Malaysia

by VOKALIS 23/11/2026 7

KEJAYAAN anak seni Malaysia meraih empat anugerah pada 63rd Golden Horse Awards di Taiwan membuktikan industri perfileman tempatan mempunyai potensi besar untuk menghasilkan karya berkualiti dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu turut memperlihatkan kemampuan bakat serta kreativiti anak Malaysia menembusi pasaran perfileman antarabangsa, termasuk menerusi kerjasama produksi rentas negara.

“Sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Film in Malaysia Incentive (FIMI) kepada kedua-dua filem ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasa industri perfileman negara,” katanya menerusi Facebook.

Dua filem yang menerima sokongan berkenaan ialah Sayang Sayang dan Dead Tide yang masing-masing mencipta kejayaan pada anugerah berprestij itu.

Menerusi Sayang Sayang, Nandagopall Mohan mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama memenangi kategori Best New Performer sepanjang penganjuran Golden Horse Awards.

Dead Tide pula menyumbang dua kemenangan menerusi Kartik Vijay yang dinobatkan sebagai penerima Best Cinematography, manakala Ryota Katayama bersama David Ke dan Hung Pei-yu memenangi Best Original Film Song menerusi lagu Gone With the Tide.

Satu lagi pengiktirafan diraih Tsai Ming-liang menerusi kemenangan kategori Best Documentary Short Film bagi karya Night Journey.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan produksi Sayang Sayang dan Dead Tide, termasuk pengarah, penerbit, pelakon serta rakan kerjasama yang menjayakan kedua-dua karya berkenaan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jack Tan, Yeo Yann Yann, Mhia Firdaus dan Edmund Yeo atas pencalonan dalam pelbagai kategori utama.

Menurutnya, kejayaan serta pencalonan berkenaan turut mengharumkan nama Malaysia di pentas perfileman antarabangsa.

“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai penggiat seni tempatan untuk terus berkarya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya. – THE VOKAL 

Foto: TGHFF

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Jangan angkuh apabila menang, kejayaan kurniaan Allah’

by VOKALIS 23/11/2026 10

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak bersikap

Semasa

‘Pesakit kronik jangan tunggu banjir, pastikan rawatan

by VOKALIS 22/11/2026 45

PESAKIT yang menghidap penyakit kronik perlu membuat persediaan lebih awal menjelang musim tengkujuh bagi

Semasa

Tragedi kepala air: Tiga selamat, seorang wanita

by VOKALIS 22/11/2026 51

SEORANG wanita berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Waterfall

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.