Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Takkan lupa peristiwa itu”… Nana terkenangkan Achik Spin
 “Takkan lupa peristiwa itu”… Nana terkenangkan Achik Spin
Selebriti

“Takkan lupa peristiwa itu”… Nana terkenangkan Achik Spin

by VOKALIS 23/11/2026 8

MESKIPUN sudah 16 tahun meninggalkan dunia seni, nama Allahyarham Achik Spin masih mempunyai tempat istimewa dalam ingatan peminat, apatah lagi menerusi lagu-lagu duetnya bersama penyanyi Siti Nordiana.

Terbaharu, Siti Nordiana atau Nana kembali mengimbau kenangan bersama Allahyarham apabila berkongsi detik menyedihkan ketika menerima berita pemergian penyanyi itu.

Menerusi hantaran di Threads, Nana mengakui masih mengingati dengan jelas peristiwa berkenaan biarpun masa sudah berlalu lebih sedekad.

Malah, setiap kali ada yang bertanyakan mengenai Achik, kenangan ketika menerima berita kematiannya pasti kembali bermain di fikiran.

“Setiap kali orang tanya Nana fasal Achik, mesti Nana teringat balik waktu Nana dapat berita yang dia dah tak ada.

“Walaupun dah 16 tahun berlalu, sampai bila-bila pun Nana takkan lupa peristiwa tu. Siapa ingat lagi berita time ni?” tulisnya.

Hubungan seni antara Nana dan Achik cukup dekat di hati peminat menerusi beberapa lagu duet yang pernah popular, antaranya Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Paling Comel.

Keistimewaan gandingan mereka bukan sahaja terletak pada keserasian vokal, malah lagu-lagu berkenaan turut menjadi sebahagian daripada kenangan pendengar muzik tempatan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata wargamaya turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengetahui berita pemergian Achik, sekali gus memperlihatkan betapa karya dan kenangan penyanyi itu masih segar dalam ingatan sehingga kini. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

63rd Golden Horse Awards: PMX bangga kejayaan

by VOKALIS 23/11/2026 11

KEJAYAAN anak seni Malaysia meraih empat anugerah pada 63rd Golden Horse Awards di Taiwan

Semasa

‘Jangan angkuh apabila menang, kejayaan kurniaan Allah’

by VOKALIS 23/11/2026 12

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak bersikap

Semasa

‘Pesakit kronik jangan tunggu banjir, pastikan rawatan

by VOKALIS 22/11/2026 45

PESAKIT yang menghidap penyakit kronik perlu membuat persediaan lebih awal menjelang musim tengkujuh bagi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.