Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Ada luka yang tidak wajar disentuh… ” – Erma Fatima Bongkar Kisah Benar
 “Ada luka yang tidak wajar disentuh… ” – Erma Fatima Bongkar Kisah Benar
Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ” – Erma Fatima Bongkar Kisah Benar

by thevokal 20/02/2026 106

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul Jangan Panggil Aku Gus, setelah sekian lama tidak kembali ke kerusi sutradara.

Menurut Erma, 58, keputusan untuk mengarah naskhah tersebut bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya menunggu detik yang dirasakan benar-benar sesuai.

“Saya sudah lama menantikan masa yang tepat. Ada cerita yang tidak boleh dikongsikan terlalu awal.

“Ada luka yang tidak wajar disentuh sebelum tiba waktunya.

“Mungkin sekarang inilah masa untuk saya zahirkan sebuah karya yang lahir daripada kisah benar,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Tambahnya lagi, idea naskhah berkenaan tercetus daripada dirinya sendiri dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menghakimi mana-mana pihak.

Sebaliknya, ia mengangkat persoalan bagaimana satu nama boleh menjadi beban dalam kehidupan seseorang.

“Saya boleh sahaja menulis dan menyerahkan kepada orang lain untuk mengarahkannya, tetapi kali ini saya memilih untuk mengarahkannya sendiri.

 

“Saya tidak menulis untuk menghukum atau membuka aib sesiapa, tetapi tentang bagaimana sepotong nama mampu menjadi beban.

“Jangan Panggil Aku Gus,” katanya.

Bagaimanapun, Erma masih belum mendedahkan sama ada karya tersebut bakal diterbitkan sebagai drama atau filem.

Terdahulu, beliau mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya apabila memuat naik foto berada di set penggambaran bagi sebuah projek kolaborasi Malaysia dan Indonesia.

Antara yang kelihatan dalam perkongsian tersebut termasuk Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah, Anna Jobling serta pelakon Indonesia seperti Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

Sebelum ini, karya arahannya turut mencipta fenomena dan tular di Indonesia menerusi naskhah berjudul Bidaah. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 54

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 53

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 60

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.