Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Al – Nassr Tetap Garang – Talisca Hero, Tanpa Ronaldo
 Al – Nassr Tetap Garang – Talisca Hero, Tanpa Ronaldo
Semasa Stadium

Al – Nassr Tetap Garang – Talisca Hero, Tanpa Ronaldo

by VOKALIS 02/02/2024 521

Al-Nassr membelasah Inter Miami 6-0 dalam aksi persahabatan di Riyadh yang tidak membabitkan Cristiano Ronaldo akibat kecederaan betis.

Ketiadaan Ronaldo tidak menjejaskan Al-Nassr apabila penyerang Brazil, Talisca meledak hatrik dan kelab Arab Saudi itu membolosi gawang Miami tiga kali dalam tempoh 12 minit pertama.

Otavio membuka jaringan untuk Al-Nassr, diikuti jaringan Talisca sebelum Aymeric Laporte menewaskan penjaga gol Miami, Drake Callender dengan sepakan percuma dari kawasan sendiri.

Talisca meledak gol keduanya menerusi sepakan penalti di babak kedua dan Mohammed Maran menanduk masuk gol kelima Al-Nassr.

Talisca melengkapkan hatriknya diikuti gaya Ronaldo meraikan jaringan, sebelum bintang Inter Miami Lionel Messi masuk pada tujuh minit terakhir. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 39

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.