Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Anak Lembu Jadi Punca – Empat Beranak Nyaris Maut
 Anak Lembu Jadi Punca – Empat Beranak Nyaris Maut
Semasa

Anak Lembu Jadi Punca – Empat Beranak Nyaris Maut

by VOKALIS 22/02/2024 536

Empat beranak nyaris maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh seekor anak lembu yang berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di Gua Musang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Nik Amdan Mohd. Ali, 27, bersama isteri, Fazleen Yusuf, 28, dua anak mereka, Nik Irdina Sofia, 3, dan Nik Irdina Arisya, 6 dari RKT Paloh 1, Kelantan masing-masing cedera pada bahagian kepala selepas tercampak di atas jalan raya.

Menurut kakak Nik Amdan, Nik Arnida, 41, dia sempat bertemu dengan adiknya ketika dirawat di Klinik Kesihatan Chiku 3, petang semalam.

Katanya, keempat-empat beranak itu sedang dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3 dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda RS150.

“Berdasarkan cerita Nik Amdan, dia dan ahli keluarganya keluar dari rumah kira-kira pukul 5.15 petang untuk menghantar kuih kepada pelanggan. Semasa tiba di lokasi kejadian, seekor anak lembu yang berkeliaran tiba-tiba melompat ke arah jalan sebelum motosikal ditunggangnya merempuh haiwan tersebut.

“Adik saya ketika ini berada Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk menjaga isteri dan anak bongsunya. Saya dan ahli keluarga yang lain pula menjaga Nik Irdina Sofia di Hospital Gua Musang,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 46

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 51

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Gema Raya Putrajaya Gegar PICC! Festival Mega

by thevokal 20/02/2026 10

Festival raya terbesar yang pertama di puncak tertinggi Putarajaya iaitu Gema Raya Putrajaya 2026@PICC

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.