Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Apa Salahnya Dia Melawa?” – Yusof Haslam Bidas Netizen Dakwa Sarah Tidak Hormati Tempoh Idah
 “Apa Salahnya Dia Melawa?” – Yusof Haslam Bidas Netizen Dakwa Sarah Tidak Hormati Tempoh Idah
Selebriti

“Apa Salahnya Dia Melawa?” – Yusof Haslam Bidas Netizen Dakwa Sarah Tidak Hormati Tempoh Idah

by VOKALIS 17/07/2023 217

KUALA LUMPUR – Pada 14 Jun lalu pelakon wanita, Puteri Sarah akhirnya menamatkan kemelut rumah tangganya bersama pasangan, Syamsul Yusof apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Lafaz cerai itu telah dilakukan oleh pengarah terkenal terbabit di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.

Malah, mereka sebelum bercerai sempat bersalaman dan Sarah turut mencium tangan bekas suaminya itu buat kali terakhir.

Walau bagaimanapun, nama aktres berkenaan kembali menjadi bualan ramai apabila Sarah dikatakan tidak menghormati tempoh idah kerana tampil bergaya menerusi hantaran dimuat naik di media sosial.

Berikutan itu, bekas bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tampil mempertahankan aktres berkenaan dan menyatakan perkara itu wajar dilakukan.

“Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa salahnya dia melawa sebagai seorang wanita?

“Tidak semestinya dalam idah dia kena selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab,” ujarnya.

Ketika disoal adakah sering berjumpa dengan dua orang cucu iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah, bapa kepada Syamsul itu menjawab, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail menghormati jadual kerja Sarah yang padat.

“Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

“Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayyah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman,” jelasnya.

Sarah bersama Syaikul dan Sumayyah.

Bukan itu saja, Yusof dan Patimah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarah serta Syamsul agar kedua-duanya memiliki kebahagiaan yang dimahukan meskipun telah berpisah.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang berumur enam dan empat tahun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Puteri Sarah, Nad Zainal Terharu – Terima

by VOKALIS 11/07/2024 160

Susulan impak positif diterima syarikat MommyHana daripada perkongsian Nad Zainal dan Puteri Sarah di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.