Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Artis Veteran Pun Ada Tarikan – Yaya Empire Pilih Cik Man Duta Wangian
 Artis Veteran Pun Ada Tarikan – Yaya Empire Pilih Cik Man Duta Wangian
Selebriti Semasa

Artis Veteran Pun Ada Tarikan – Yaya Empire Pilih Cik Man Duta Wangian

by VOKALIS 28/10/2024 243

Artis veteran juga mempunyai tarikan dan keupayaan untuk menjadi duta sesuatu produk malah mampu melariskan perniagaan.

Lebih daripada itu, golongan berkenaan juga mempunyai pengikut dan peminat yang setia serta menyokong aktiviti yang membabitkan mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa mengulas mengenai tindakannya yang mengambil pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih popular dengan nama Cik Man sebagai seorang daripada duta produk wangiannya.

Tindakannya itu berbeza dengan pihak lain yang lebih berminat mengambil selebriti muda, popular serta mereka dalam kalangan BBNU sebagai duta produk.

“Cik Man memberikan komitmen yang sangat bagus terutama dalam membuat kandungan yang menarik serta mampu menarik perhatian semua peringkat umur.

“Lebih menarik kanak-kanak seawal usia tiga tahun juga mengenali Cik Man dan kami menerima makluman sangat positif daripada pelanggan kami,” katanya ketika ditemui pada karnival Bossku Mega Expo 2024 yang diwangikan oleh Yaya Empire.

Nadia yang juga mesra disapa Kak Ya berkata, Cik Man yang mempunyai peminat dalam kalangan pelbagai peringkat usia juga mampu menterjemahkan sokongan menerusi pembelian produk oleh syarikatnya.

Katanya, sudah lima tahun memilih Cik Man sebagai duta produk di samping selebriti lain seperti pelakon, penyampai radio dan pelawak, Issey Fazlisham serta pempengaruh media sosial, Mia Azhar.

“Cik Man juga tidak berkira soal bayaran malah bersetuju kerana mahu membantu usahawan tempatan terutamanya yang berasal dari Kelantan,” katanya.

Baginya, selain untuk mempromosikan produk, duta juga membantu membawa imej sesebuah jenama dalam menarik minat serta perhatian pembeli.

Sementara itu, Cik Man, 67, yang dikenali menerusi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan.

“Saya sendiri terima dengan hati terbuka bila Yaya Empire tawarkan untuk jadi duta sejak lima tahun lalu dan saya tertarik kerana ia diusahakan oleh anak muda dan berasal dari negeri kelahiran saya.

“Tidak kisah kita popular atau tidak, tua mahupun muda kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan pasti akan nampak hasil.

“Bagi saya bila orang percaya kita berikan yang terbaik dan saya juga beruntung kerana masih ada peminat yang terus sokongan saya,” katanya yang sudah berlakon dalam lebih dari 50 buah filem.

Cik Man terkenal dengan tagline “Semua Masuk Syurga” juga bersyukur serta terharu kerana sentiasa ditegur peminat setiap kali kemunculannya.

Pada karnival itu, Yaya Empire menjadi penaja dalam karnival jualan membabitkan usahawan tempatan serta menganjurkan konsert percuma yang menarik lebih 10,000 penduduk tempatan di Pantai Sri Tujuh Tumpat pada Jumaat lepas.

Selain persembahan dikir barat oleh kumpulan Sri Budi Jati serta penyanyi dikir tempatan, Datuk Jamal Abdillah dan Haqiem Rusli turut menghiburkan penonton.

Lebih menarik Jamal turut menyampaikan lagu popularnya Sendiri dalam versi dikir barat bersama Ezeri Layang Putih yang digelar Datuk Jamal versi Kelantan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Abang Lori Antara 50,000 Peminat Meriahkan Jelajah

by VOKALIS 16/10/2024 177

Kira-kira 50 pemandu lori hadir membuat kejutan sebagai sokongan kepada stesen radio Suria FM

Selebriti Semasa

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Catat

by VOKALIS 01/10/2024 165

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung

Selebriti Semasa

6,000 Banjiri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya

by VOKALIS 26/09/2024 211

Kemunculan lima ahli bomba di pentas siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.