Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Asrilia impi berduet dengan Siti Nurhaliza, mahu dikenali di Malaysia
 Asrilia impi berduet dengan Siti Nurhaliza, mahu dikenali di Malaysia
ASRILIA (kiri) impi berkolaborasi dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza
Selebriti

Asrilia impi berduet dengan Siti Nurhaliza, mahu dikenali di Malaysia

by thevokal 05/10/2025 226

PENYANYI Indonesia, Asrilia menyimpan hasrat mahu berkolaborasi bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut pemilik nama sebenar Asrilia Kurniati kelahiran Palembang ini, menjadi impian terbesarnya berpadu vokal dengan Siti yang merupakan antara idolanya dalam dunia seni suara sejak di bangku sekolah.

“Saya sentiasa mengagumi Siti Nurhaliza. Lagu-lagunya semua saya suka seperti Aku Cinta Padamu, Bukan Cinta Biasa, Wajah Kekasih, Cindai, Seindah Biasa dan banyak lagi.

“Jika diberi peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi di Malaysia, sudah tentu saya mahu memilih Siti kerana kehebatannya sukar dinafikan lagi.

“Rasanya bukan saya seorang, mana-mana penyanyi Indonesia pun pasti mengaguminya,” katanya.

ASRILIA sedang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta

Pelantun lagu Di Mana Salahnya dan Semakin Rindu Kemarin ini akui mahu dikenali di Malaysia jika ruang itu diberikan.

“Indonesia dan Malaysia itu satu rumpun. Jadi saya mahu menggunakan peluang ini untuk berkongsi bakat yang ada di Malaysia.

“Sebagai langkah pertama untuk dikenali di sini, saya merakamkan semula lagu Terima Kasih Cinta nyanyian asal oleh Afghan. Saya tahu lagu ini cukup popular di Malaysia.

“Jadi para peminat di sini boleh mendengar lagu Terima Kasih Cinta versi wanita yang saya rakamkan.

“Tiada istilah mahu menumpang populariti lagu tersebut, tetapi saya hanya mahu berkongsi bakat yang ada. Lagi pun ia satu kelainan apabila penyanyi wanita tampil dengan lagu itu.

“Saya harap, Terima Kasih Cinta versi Asrilia dapat diterima di sini. Dalam masa yang sama, ini satu permulaan untuk saya dikenali di Malaysia,” katanya.

ASRILIA (kiri) impi berkolaborasi dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza

Bukan itu sahaja, Asrilia akui sebagai artis, dia bersedia terima apa sahaja kritikan atau komen netizen terhadap dirinya.

Dalam masa yang sama, Asrilia juga menganggap mana-mana artis yang terlibat dengan gosip atau publisiti murahan, itu semua atas penilaian masyarakat atau netizen.

“Bagi saya, publisiti murahan atau tidak, itu bergantung kepada orang lain yang menilainya. Kita sebagai public figure sendiri harus terima jika apa yang kita lakukan ditafsir dengan pelbagai andaian.

“Jika niat kita lakukan sesuatu disalahanggap, itu perkara biasa. Tidak harus cepat melenting atau marah kerana kita yang memilih kerjaya ini.

“Bukan hanya berkongsi bakat, tetapi kita juga harus bersedia fizikal dan mental jika ada perkara yang menyenangkan.

“Pendek kata, publisiti baik atau tidak, hadap saja. Itu jalan yang kita pilih. Asalkan kita tidak lakukan jenayah,” tambahnya lagi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 14

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 16

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 25

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.