Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. ‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama antarabangsa’… Dr Afif kongsi tip bisnes
 ‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama antarabangsa’… Dr Afif kongsi tip bisnes
DR Afif (kanan) bersama Amir Raja Lawak (tengah) dan Lando
Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama antarabangsa’… Dr Afif kongsi tip bisnes

by thevokal 18/10/2025 294

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir Raja Lawak yang disifatkannya setaraf jenama antarabangsa.

Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain dan mempunyai 16 cawangan klinik, melihat sikap tidak putus asa pelakon dan pelawak itu membolehkan dirinya pergi jauh dalam bisnes.

Amir yang sebelum ini menjalankan perniagaan air selama tujuh tahun, terus melebarkan sayap dengan bisnes ayam goreng secara francais di bawah jenama APFC di premisnya di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kita Bharu, Kelantan.

“Alhamdulillah, Allah bagi sedap. Rasanya seperti ayam goreng jenama antarabangsa. Malah lebih sedap dan tidak terlalu berminyak. Insya Allah, kekalkan kualitinya agar sentiasa terjaga, Amir memang boleh pergi jauh dalam bisnes ini.

“Selama ini saya hanya dengar orang ramai memuji kesedapan ayam gorengnya, kali ini saya yang makan sendiri,” katanya yang berkunjung ke premis Amir baru-baru ini.

DR Afif (kanan) bersama Amir Raja Lawak (tengah) dan Lando

Turut hadir memberikan sokongan kepada Amir ialah pelakon dan aktivis masyarakat Lando Zawawi.

Dalam masa yang sama, Dr Afif yang sudah hampir 20 tahun dalam bidang perniagaan berharap Amir tidak mudah berpuas hati dengan pujian orang ramai, sebaliknya terus fokus dan memperbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa.

“Ketika bertemu dengannya, saya ada beri sedikit tip tentang bisnes kerana mahu lihat dia lebih maju.

“Dalam bisnes, antara perkara penting adalah perlu bijak menguruskannya. Misalnya Amir perlu membina team yang kuat.

“Ini kerana sebagai pemilik bisnes, kita tak boleh melakukan semuanya sendiri. Untuk terus berkembang dan melangkah ke peringkat seterusnya, perlu ada bantuan orang lain iaitu team.

“Team yang kuat adalah aset dan pemangkin kejayaan dalam mana-mana bisnes. Kalau tiada team, kita akan jadi letih, stres dan apa yang dilakukan kurang berkesan.

“Mungkin boleh lantik seseorang yang dipercayai untuk menguruskan bahagian stok, dapur atau lain-lain. Manakala pemilik bisnes boleh fokus kepada pemasaran.

“Kena berani untuk bergerak dan melepaskan sebahagian tugas agar sesuatu yang lebih besar akan datang, insya Allah,” katanya.

Dr Afif Mohd Ridzwan

Sementara itu, Amir akui dirinya tidak mudah berpuas hati apabila dipuji, sebaliknya mahu terus memperbaiki kelemahan yang ada.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Dr. Afif sudi singgah hari tu. Dari komen doktor, saya lihat dari sudut ‘rasa sedap dan berbaloi’.

“Saya sebenarnya ajar diri supaya tak ‘terbang ‘ dengan pujian, dan tidak juga tumbang dengan kejian.

“Kalau cakap pasal rasa, sedap itu pun sebenarnya dari teknik ramuan perapan dan juga tepung yang dibancuh tidak terlebih atau terkurang mengikut proses R&D ( research and development) yang kami jalankan.

“Saya dalam perancangan untuk mempelbagaikan menu yang menepati cita rasa pelanggan. Bukan itu sahaja, saya nak cantikkan lagi persekitaran kedai serta bagi pelanggan lebih selesa,” ujarnya.

Selain sibuk menguruskan bisnes ayam goreng, Amir kini bergandingan dengan Jiggy sebagai hos online di YouTube Astro Gempak untuk rancangan Muzikal Lawak Superstar. – THE VOKAL

 

 

 

 

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 14

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 16

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 25

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.