Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Baby Shima titip doa buat Nur Afia di ICU, ibu mangsa terkilan MPV bomba masuk kawasan larangan
 Baby Shima titip doa buat Nur Afia di ICU, ibu mangsa terkilan MPV bomba masuk kawasan larangan
Penyanyi terkenal Baby Shima titip doa buat Adik Nur Afia Raisha (kanan) yang kini dirawat di ICU
Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia di ICU, ibu mangsa terkilan MPV bomba masuk kawasan larangan

by thevokal 18/01/2026 85

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur Afia Raisha, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang kini dirawat dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Surgikal Trauma Mutiara, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Nur Afia Raisha Muhamad Shamsul telah terlantar di ICU sejak hampir dua minggu lalu selepas terlibat dalam kemalangan pada 3 Januari lalu, kira-kira jam 10.45 pagi, ketika menyertai program hari keluarga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sebuah resort di Bachok.

Penyanyi terkenal Baby Shima titip doa buat Adik Nur Afia Raisha (kanan) yang kini dirawat di ICU

Menurut Baby Shima, beliau akui rasa amat sebak dan tersentuh apabila mengikuti perkembangan terkini Adik Nur Afia yang kini masih berjuang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi.

“Saya tidak dapat membayangkan betapa berat ujian yang sedang ditanggung oleh ibu dan keluarga Adik Afia ketika ini.

“Saya benar-benar rasa pilu setiap kali membaca perkembangan adik Afia. Apatah lagi ibunya. Tiada yang lebih menyakitkan selain melihat anak kecil menanggung kesakitan dalam keadaan yang begitu kritikal. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Allah mengurniakan keajaiban buat kanak-kanak tersebut.

“Saya berdoa dan ajak semua masyarakat di luar sana, memohon kepada Allah agar mengurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada adik Nur Afia Raisha, memudahkan setiap urusan rawatan dan memberi kekuatan luar biasa kepada ibu serta seluruh keluarga. Semoga adik Afia terus kuat berjuang dan bangkit kembali dengan izin-Nya,” tambahnya.

Baby Shima berkata, beliau berharap doa orang ramai yang ikhlas akan menjadi asbab kepada kesembuhan Adik Afia.

“Marilah kita sama-sama bersatu hati mendoakan adik Afia. Insya-Allah, dengan doa dan kasih sayang yang tidak putus, Allah akan menggantikan ujian ini dengan kesembuhan, ketenangan dan kebahagiaan buat keluarga mereka,” katanya lagi.

Berdasarkan kronologi kejadian itu, Nur Afia dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik JBPM yang sedang dipandu oleh seorang anggota bomba ketika kanak-kanak itu sedang bermain di kawasan padang, lokasi berlangsungnya acara sukan rakyat.

Akibat kemalangan tersebut, Nur Afia mengalami kecederaan parah pada bahagian abdomen selain patah bahu kanan, tulang selangka serta tulang rusuk.

Sehingga kini, beliau masih memerlukan bantuan pernafasan selepas menjalani tiga pembedahan kecil di bahagian dada, walaupun menunjukkan perkembangan positif namun keadaannya masih kritikal.

Menurut ibunya, Nurul Afzan Che Ramlee, 33, yang juga anggota JBPM di Pahang, turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir netizen yang menyalahkannya atas kemalangan yang menimpa anaknya.

“Dalam keadaan sekarang, janganlah cuba tuduh yang bukan-bukan. Apa yang saya boleh cakap dan rasa terkilan, kawasan anak saya bermain (ketika program hari keluarga JBPM) adalah kawasan larangan kenderaan masuk.

“Semua yang berada di situ tahu dan maklum bahawa kawasan anak saya dilanggar MPV itu memang kawasan larangan kenderaan masuk,” katanya.

Dua lagi anaknya iaitu Muhamad Afham Syafii, 8, dan Nur Afrina Shafiyah, 6, kini diuruskan oleh suami serta adiknya, selain terpaksa berpindah sekolah ke Machang kerana beliau dan suami memberi sepenuh perhatian menjaga Nur Afia di hospital. – THE VOKAL

 

 

 

 

 

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah

by thevokal 18/01/2026 13

Usaha mengesan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa

Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 26

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 27

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.