Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bas Balik Raya – Apad Tambah 218 Bas
 Bas Balik Raya – Apad Tambah 218 Bas
Semasa

Bas Balik Raya – Apad Tambah 218 Bas

by VOKALIS 02/04/2024 530

Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) meluluskan 218 bas tambahan setakat 29 Mac lalu melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan bagi menampung permintaan tiket yang tinggi untuk balik kampung sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, jumlah bas tambahan dijangka akan meningkat sehingga permohonan LPS ditutup pada 4 petang hari ini.

“Tahun lalu, 256 bas tambahan diluluskan oleh Apad. Selain itu, 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Aidilfitri terjual dengan kesemua tiket ke Pantai Timur sudah habis.

“Ia menjadikan hanya kira-kira 100,000 tiket bas ekspres yang tinggal, iaitu bagi perjalanan ke utara dan selatan,” katanya.

Loke berkata, keselamatan penumpang menjadi keutamaan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Apad memastikan bas tambahan yang diluluskan disaring dahulu bagi memastikan bas digunakan mematuhi kriteria permohonan termasuk melepasi kelulusan pemeriksaan keselamatan kenderaan dan memiliki GPS.

“Pemandu bas diwajib untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan mereka tidak berada di bawah pengaruh dadah selain dipastikan tidak mengambil perjalanan lebih daripada sepatutnya, bagi memastikan mereka mendapat rehat mencukupi.

“Operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan kerap dilaksanakan selain pemantauan mengejut lebih kerap di terminal bas seluruh negara bagi menjamin ketersediaan pemandu dan keadaan fizikal bas supaya selamat digunakan,” katanya.

Katanya, terminal bas dijangka menghadapi lonjakan jumlah penumpang terutamanya hujung minggu ini dengan TBS dianggarkan mengendalikan 30,000 penumpang sehari, membabitkan 1,000 perjalanan bas ekspres dalam tempoh 24 jam.

“Kira-kira 40 bas akan berlepas dalam tempoh 1 jam, maksudnya hampir setiap satu setengah minit akan ada satu bas berlepas dari TBS membabitkan bas mempunyai purata 30 hingga 40 penumpang. Jadi persiapan rapi perlu dibuat terminal bas.

“Sejak penubuhan TBS pada 14 tahun lalu, terminal bas berkenaan telah mengendalikan kira-kira 100 juta penumpang dengan penjualan tiket mencecah RM1 bilion, katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua

by thevokal 20/12/2025 20

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR)

Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 54

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

Selebriti

Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau

by thevokal 14/12/2025 70

Penyanyi popular, Baby Shima, kembali mencuri perhatian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Masuk

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.