Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Battle Of The Band Kembali Menggegar, Cari Bakat Berkualiti Seluruh Asia, Otai Rock jadi Mentor
 Battle Of The Band Kembali Menggegar, Cari Bakat Berkualiti Seluruh Asia, Otai Rock jadi Mentor
Selebriti Semasa

Battle Of The Band Kembali Menggegar, Cari Bakat Berkualiti Seluruh Asia, Otai Rock jadi Mentor

by VOKALIS 11/08/2023 519

PETALING JAYA – Battle Of The Band 2023 BOTB 2023 muncul kembali dengan format baharu bagi mencungkil bakat baharu kugiran di negara ini selepas diadakan kira-kira 20 tahun lalu.

Pengarah MASH Entertainment Sdn Bhd yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Hidayah (HERO), Dr Murad Hilmi Mohamed berkata, festival itu bakal menjadi platform kepada bakat muda yang ingin mempamerkan bakat dan karya menerusi bidang muzik.

Dr Murad berkata, festival ini adalah pertandingan yang bakal disertai generasi muda dalam bidang muzik untuk pamerkan bakat terpendam kepada umum.

“Festival ini dibuka kepada mana-mana band atau kugiran dari seluruh Asia termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Apa yang ingin diketengahkan adalah menggarap muzik berkualiti dan bakat-bakat yang bakal meneruskan legasi untuk mewarnai industri muzik,” katanya ketika sidang media BOTB yang diadakan di Hotel Royale Chulan, The Curve, di sini, baru-baru ini.

Mengenai penganjuran festival itu, kata Dr Murad, objektif utama untuk membuka peluang kepada studio rakaman agar kembali bernafas semula.

Katanya, fenomena bakal tercetus dengan penganjuran festival itu, sekali gus akan menaikkan martabat penggiat seni tanah air.

“Semoga festival ini dapat memberikan impak besar kepada industri muzik tempatan dengan kepelbagaian genre muzik berkualiti tinggi.

“Kami mahu mencari bakat berkualiti yang mampu kekal relevan dalam industri muzik, bukan tenggelam selepas muncul dengan satu single sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengulas acara itu, kata Dr Murad, peserta perlu melalui sesi saringan peringkat pertama yang bakal berlangsung antara 7 hingga 10 September depan bertempat di Pasir Gudang, Johor.

“Lokasi Pasir Gudang dipilih kerana ia sinonim dengan BOTB sejak dianjurkan pada 1974.

“Seramai 15 peserta dipilih pada saringan pertama dan diuji sekali lagi pada sesi separuh akhir pada 23 September depan.

“Peserta akan diberi peluang menyampaikan lagu saduran dan cabaran. Contohnya, lagu Damasutra dalam genre rock balada, kita akan cabar peserta menyampaikan dalam rentak reggae dan melihat bagaimana membuat susunan semula muzik mengikut kreativiti,” katanya.

Kata Dr Murad lagi, seramai 10 peserta terbaik akan dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Jobox, Angsana, Johor Bahru.

“Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan berpeluang merakamkan single baharu. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.

“Kami juga bercadang menganjurkan pertandingan bagi musim kedua dan ketiga sekiranya festival ini mendapat sambutan peserta,” katanya.

Manakala, barisan artis legenda BOTB seperti Lord Lokman (The Boys), pemain dram Ekamatra, Acid; ketua kumpulan dan pemain gitar Bloodshed, Hamdan dan Bagio Damasutra bertindak sebagai mentor program ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 36

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 88

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

Selebriti

Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim

by thevokal 09/10/2025 26

PENYANYI tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.