Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Berusia 21 Tahun, Syakir Daulay Cabar Diri Arah Dan Terbitkan Filem Sulung, Imam Tanpa Makmum
 Berusia 21 Tahun, Syakir Daulay Cabar Diri Arah Dan Terbitkan Filem Sulung, Imam Tanpa Makmum
Sedunia Selebriti Semasa

Berusia 21 Tahun, Syakir Daulay Cabar Diri Arah Dan Terbitkan Filem Sulung, Imam Tanpa Makmum

by VOKALIS 01/12/2023 596

Biarpun baru berusia 21 tahun, bintang muda Indonesia, Syakir Daulay cukup berani apabila memegang posisi penerbit, pengarah dan pelakon dalam karya sulungnya, Imam Tanpa Makmum.

Meskipun sedar cabaran besar yang menantinya, malah sempat dihalang oleh banyak pihak yang meragui kebolehannya elakon kelahiran Aceh itu tetap berani mengambil risiko.

” Ya, memang bukan mudah pegang tiga posisi serentak dalam satu karya. Sebagai penerbit saya harus memastikan kru dan pelakon semua berada dalam keadaan baik dan di kerusi pengarah saya perlu pastikan  penggambaran berjalan seperti mana yang dijadualkan.

“Sementara di posisi pelakon saya perlu lontarkan nilai seni dab lakonan dengan baik. Cukup sukar, cukuplah dalam karya ini sahaja saya pegang begitu banyak tanggungjawab.

“Memang karya ini dibikin untuk saya belajar. Pada masa depan rasanya lebih selesa untuk berada di kerusi pengarah dalam karya yang dibikin sendiri.

“Jika karya orang lain, saya lebih suka menjadi pelakon sahaja,” ujar Syakir yang memegang watak sebagai Imam.

Sementara itu, pelakon Rayisa Nayla Salwa yang pertama kali berlakon filem sebagai Zahra  berharap lakonannya dapat diterima dengan baik.

“Sementara itu, pelakon Rayisa Nayla Salwa yang pertama kali berlakon filem sebagai Zahra  berharap lakonannya dapat diterima dengan baik. 

“Saya bersetuju untuk berlakon kerana Syakir yang merupakan sahabat saya. Andai selepas ini ada lagi peluang lakonan saya akan pertimbangkan,” kongsi Rayisa.

Filem Imam Tanpa Makmum adalah sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama ini  kerana melihat Syakir Pictures memiliki misi dan visi yang sama dengan pihaknya iaitu ingin memartabatkan karya Nusantara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pihak kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan Syakir Pictures menerusi karya yang disifatkan agak berbeza daripada kebanyakan karya seberang apatah lagi ia diarahkan oleh anak muda yang saya lihat mempunyai masa depan cukup cerah.

“Diharap kerjasama ini akan berterusan untuk projek yang akan datang  dengan lebih banyak genre filem. Saya percaya kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penonton menerusi karya yang ditampilkan tetapi juga buat seluruh warga industri perfileman tanah air,” ujar Mohd Shahir.

Mengangkat tema nikah muda, filem Imam Tanpa Makmum yang menelan kos RM1.4 juta  terbitan dan arahan aktor,  Syakir Daulay ini agak berbeza daripada kebanyakan naskhah dari negara seberang itu.

Menyentuh tentang tema perkahwinan muda, menurut Syakir filem yang telah ditayangkan di Indonesia pada 19 Oktober lalu itu akan membuatkan penonton melihat alam perkahwinan dengan pandangan yang berbeza.

Filem Imam Tanpa Makmum yang dibintangi oleh Syakir Daulay, Rayisa Nayla Salwa, Vonny Felicia, Cut Mini Theo, Lukman Sardi dan Arif Brata itu akan mula ditayangkan dipawagam seluruh negara pada 30 November 2023. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 30

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 44

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 59

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.