Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Biar Sophia Jawab Sendiri – Pengurus Ulas Isu Dikaitkan Dalam Hubungan Dengan Aliff Aziz
 Biar Sophia Jawab Sendiri – Pengurus Ulas Isu Dikaitkan Dalam Hubungan Dengan Aliff Aziz
Selebriti Semasa

Biar Sophia Jawab Sendiri – Pengurus Ulas Isu Dikaitkan Dalam Hubungan Dengan Aliff Aziz

by VOKALIS 29/04/2024 644

Pengurus kepada pelakon Sophia Albarakbah iaitu Nik Yasmin meminta supaya semua pihak menunggu pelakon itu membuat kenyataannya sendiri berhubung kontroversi hangat yang mengaitkan artis di bawah pengurusannya itu.

Nik Yasmin berkata pihaknya maklum mengenai isu itu namun tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana ia membabitkan kisah peribadinya.

“Kita tunggu dia cakap sendiri sebab saya tidak mahu salah cakap sebab saya hanya menguruskan kerjaya dia. Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya dia.

“Kalau boleh kita tunggu Sophia sendiri yang beri kenyataan, saya tak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. Saya pun tak mahu bagi kenyataan yang mengundang, saya tak mahu benda ini jadi lebih besar dan orang memarahi dia.

“Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan benda itu dan sudah tentu kami ada berbincang dengannya kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada dengan dia,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun Sophia tidak hadir pada majlis tersebut. Tambah Nik Yasmin, Sophia tidak hadir kerana menghadiri kelas Bahasa Jepun.

“Ya filem ini penting untuk dia. Tapi dia ada jadual untuk ‘job’ seterusnya, dia sekarang ada dalam kelas bahasa Jepun untuk drama From Saga With Love musim kedua. Bulan depan dia akan Jepun untuk drama itu,” katanya.

Terdahulu, kekasih gelap kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih berhubungan dengan Aliff.

Sarah memuat naik perbualan mesej yang mengesahkan mereka masih berhubung dengan Sophia sehingga Mac lalu.

Sarah turut mendakwa sekiranya Sophia sudah tidak melayan Aliff mengapa perlu wujud akaun Instagram palsu untuk berbual. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 8

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 14

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 13

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.