Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Desakan Netizen – MOM Akan Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara
 Desakan Netizen – MOM Akan Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara
Semasa Sensasi Stadium

Desakan Netizen – MOM Akan Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara

by The Vokal 28/06/2024 678

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi jaminan kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan dilengkapi kit pakaian rasmi ‘paling mencerminkan kedudukan negara dan harapan seluruh rakyat Malaysia.’

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria seperti dipetik dalam satu portal berkata, beliau sedar pakaian rasmi yang dilancarkan pada Ahad lalu bagi temasya berkenaan, tidak menerima maklum balas positif daripada masyarakat.

Katanya, beliau sudah mengarahkan MOM untuk bekerjasama dengan Yonex – penaja kontinjen negara – untuk membuat penambahbaikan terhadap pakaian rasmi berkenaan berdasarkan maklum balas diterima daripada pemegang taruh dan juga orang awam.

Norza turut mengarahkan supaya logo MOM dan Jalur Gemilang kembali kepada warna asal.

“Kit pakaian ketika ini menggunakan versi emas Jalur Gemilang, yang mana pasukan pereka memikirkan ia mungkin gambaran terbaik buat aspirasi kontinjen untuk membawa pulang pingat emas sulung Malaysia.

“Versi emas bendera negara adalah selaras dengan garis panduan pakaian kontinjen Olimpik negara ditetapkan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pakaian Malaysia sudah pun diluluskan oleh mereka,” kata Norza.

Berhubung reaksi pelbagai yang diterima sejak beberapa hari lalu, Norza berkata MOM dan Yonex akan bekerjasama untuk menambah baik reka bentuk yang dapat memenuhi jangkaan semua pemegang taruh dan penyokong.

“Kami komited untuk memastikan setiap ahli dalam kontinjen ini berpakaian dengan cara yang membawa kebanggaan kepada negara dan rakyat,” tambahnya.

Sebelum ini, kit pakaian kontinjen negara yang diperkenalkan di Kuala Lumpur baru-baru ini menerima pelbagai reaksi dengan ada menggambarkannya sebagai hodoh dan tidak mengujakan.

Sumber: Berita Harian

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 17

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 27

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 32

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.