Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Dua Bersahabat Pegang Tangan Sebelum Jatuh Sungai – Satu Mayat Sudah Ditemukan 
 Dua Bersahabat Pegang Tangan Sebelum Jatuh Sungai – Satu Mayat Sudah Ditemukan 
Semasa

Dua Bersahabat Pegang Tangan Sebelum Jatuh Sungai – Satu Mayat Sudah Ditemukan 

by VOKALIS 25/12/2023 593

Seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, Rantau Panjang.

Mangsa dikenali sebagai Siti Aisyah Mahzi yang ditemukan lemas, manakala rakannya, Nur Damia Qiasara Mohd Sabri, masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, jam 6.30 petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi, Natasha Qistina Mohd Fairul, 11 yang juga rakan baik kepada kedua-dua mangsa melihat sendiri bagaimana tragedi itu berlaku.

“Saya lihat Damia dan Aisyah berpegangan tangan terjun ke sungai sebelum mereka dilihat ‘tenggelam timbul’ dan hilang begitu sahaja,” katanya.

Kongsinya, dia sendiri terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memanggil bapa Nur Damia, Mohd Sabri Mohd Noor, 33, untuk memberitahu mengenai kejadian.

“Mereka berdua memang rakan baik yang selalu bersama-sama. Saya sudah melarangnya mereka untuk tidak terjun kerana bimbang melihat arus yang deras susulan sekarang adalah musim tengkujuh.

“Mungkin kerana teruja, mereka tidak mendengarnya dan terus terjun ke sungai ini.

“Tiada langsung kedengaran suara meminta tolong sebaliknya mereka terus dibawa arus sekelip mata.

“Saya sangat sedih apabila dimaklumkan Siti Aisyah sudah tiada kerana mereka berdua juga adalah sahabat baik saya,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 4

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 17

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 31

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.