Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Empat Tahun Berehat, Ayda Jebat Umum Kejutan – “Alhamdulillah, Kini Saya Hamil Anak Kedua”
 Empat Tahun Berehat, Ayda Jebat Umum Kejutan – “Alhamdulillah, Kini Saya Hamil Anak Kedua”
Selebriti Semasa

Empat Tahun Berehat, Ayda Jebat Umum Kejutan – “Alhamdulillah, Kini Saya Hamil Anak Kedua”

by VOKALIS 25/07/2023 251

KUALA LUMPUR – Sudah empat tahun merehatkan diri dari set penggambaran drama, Ayda Jebat tampil semula di kaca TV menerusi siri Bukan Cinta Sempurna.

Lebih mengejutkan, ketika sidang akhbar memperkenalkan drama tersebut, Ayda turut mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan sudah memasuki usia lima bulan.

“Saya ambil peluang ini, tapi sebelum tu nak jemput suami saya, Nabil untuk umumkan sesuatu,” ujar Ayda yang merupakan heroin drama itu.

Usai dipanggil, Nabil Mahir tampil ke hadapan untuk berkongsi berita yang dinanti-nantikan.

“Setelah bekerjasama, berpeluh-peluh mencuba, akhirnya usaha memperoleh second baby berhasil,” umumnya di hadapan tetamu yang hadir.

Sementara itu mengulas tentang drama Bukan Cinta Sempurna, menariknya Ayda juga menyanyikan lagu runut bunyi siri berkenaan yang diciptanya sendiri berjudul Bukan Wanita Sempurna. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.