Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Gempa Bumi Jepun – Rakyat Malaysia Selamat 
 Gempa Bumi Jepun – Rakyat Malaysia Selamat 
Sedunia

Gempa Bumi Jepun – Rakyat Malaysia Selamat 

by VOKALIS 02/01/2024 604

Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun semalam sekali gus mencetuskan amaran tsunami.

Kesemua rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pegawai di Kedutaan Malaysia dilaporkan selamat dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda negara matahari terbit itu. 

Kredit: Wikipedia

Menurut sumber pihak berkuasa, Kedutaan Malaysia juga sedang memantau sebarang perkembangan terkini dengan pihak berkuasa di Jepun.

Dalam pada itu, enam orang pelajar Malaysia di Jepun yang sedang bercuti di Ishikawa juga dilaporkan dalam keadaan selamat.

Menurut laporan media, ketika ini mereka sedang berlindung di kawasan tinggi.

Gegaran daripada gempa itu turut dirasai di Tokyo dan seluruh wilayah Kanto.

Kredit: Wikipedia

Memetik laporan agensi berita AFP, gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku di sepanjang pantai Jepun dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 33

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 40

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 54

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.