Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] Genap Dua Tahun Pemergian Siti Sarah, Ajai Pilih Aufahanie Untuk Versi Baharu Saat Hilang Cintamu
 [V] Genap Dua Tahun Pemergian Siti Sarah, Ajai Pilih Aufahanie Untuk Versi Baharu Saat Hilang Cintamu
Selebriti Semasa

[V] Genap Dua Tahun Pemergian Siti Sarah, Ajai Pilih Aufahanie Untuk Versi Baharu Saat Hilang Cintamu

by VOKALIS 10/08/2023 300

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda Aufahanie mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah muzik video yang memperlihatkannya menyanyikan semula lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah sempena genap dua tahun pemergiannya.

Lebih menarik, nyanyian Aufahanie diiringi persembahan keyboard oleh komposer terkenal, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas selaku pencipta lagu tersebut yang diterbitkan pada 2003.

Walaupun hanya menduduki tempat kelima dalam Big Stage 2023, namun bakat gadis berusia 20 tahun itu dilihat lebih menonjol, bahkan mampu menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.

Di ruangan komen, ramai peminat memuji kelunakan suara Aufahanie yang kedengaran begitu merdu dan bersahaja.

Tidak ketinggalan, ramai peminat arwah mengucapkan terima kasih kepada Aufahanie dan Ajai kerana mengenang Siti Sarah dengan satu karya indah.

Sementara itu, di laman instagram peribadi Aufahanie, dia berkongsi potongan video dan menulis bahawa dia turut bersedih ketika menjalani rakaman di studio.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

“Sesi studio bersama Abang Ajai yang sangat baik dan saya menitiskan air mata juga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sekadar info, Aufahanie pernah popular dengan single berjudul Geming Jiwa, ciptaan sepenuhnya penyanyi, Amylea Azizan. Malah, lagu itu juga dijadikan runut bunyi untuk drama Dendam Seorang Isteri yang sedang ditayangkan Astro Prima. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.