Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Helah Bawa Tanglung – Seludup Rokok Dan Arak
 Helah Bawa Tanglung – Seludup Rokok Dan Arak
Semasa

Helah Bawa Tanglung – Seludup Rokok Dan Arak

by VOKALIS 18/01/2024 521

Mengambil kesempatan dengan sambutan Tahun Baru Cina bulan depan, satu sindiket cuba mengelirukan pihak Kastam dengan mengisytiharkan kononnya membawa masuk tanglung, pakaian dan perabot.

Cubaan mereka gagal apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menghidu taktik dan merampas rokok serta arak dalam satu rampasan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Rampasan itu dilakukan apabila JKDM menjalankan pemeriksaan ke atas enam kontena dan satu premis di Pelabuhan Utara, di sini pada 14 Disember hingga 8 Januari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM Norlela Ismail berkata, hasil pemeriksaan pihaknya merampas 12 juta batang rokok putih dan 6,365 liter minuman keras bernilai RM9 juta.

Norlela Ismail

“Semua kontena yang membawa rokok putih dibawa dari China bertujuan untuk dipasarkan di negara ini.

“Sindiket melakukan pengikraran palsu terhadap kontena yang masuk antaranya seperti peralatan perayaan, perabot, pakaian dan kotak,”katanya pada sidang media di JKDM Pelabuhan Utara, hari ini.

Beliau berkata, bagi rampasan minuman keras pula semua kontena diimbas menggunakan mesin pengimbas dan imej imbasan menunjukkan imej yang meragukan dan tidak konsisten dengan deskripsi yang dinyatakan.

“Hasil pemeriksaan menemui minuman keras yang dicampur dengan barang dagangan lain dan tidak mempunyai permit import.

“JKDM kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang membawa masuk barangan berkenaan,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 10

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 20

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 23

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.