Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Henti Pencen – Netizen Minta Laksana Pada Semua Lantikan Politik
 Henti Pencen – Netizen Minta Laksana Pada Semua Lantikan Politik
Semasa

Henti Pencen – Netizen Minta Laksana Pada Semua Lantikan Politik

by VOKALIS 25/01/2024 573

Pelbagai reaksi muncul sebaik kerajaan mengumumkan sistem pencen dihentikan bagi semua lantikan baharu.

Ada yang menganggap ia satu langkah kurang tepat, malahan di platform media sosial pelbagai spekulasi dan tuduhan dibuat termasuk menyenyuh sentimen hak dan kaum.

Lantaran, netizen menuntut langkah itu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan politik.

Selain membabitkan menteri dan timbalan menteri, reaksi pengguna media sosial menerusi komen di Facebook Berita Harian Online mahukan langkah sama turut diambil terhadap wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Terdahulu, rancangan melaksanakan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang medianya sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kajang, petang tadi.

Memetik laporan Harian Metro, seorang pengguna media sosial, Ae Zal menyifatkan bayaran pencen kepada wakil rakyat sebagai satu pembaziran.

“Bekas MP (Ahli Parlimen) & Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) patut tidak berpencen… membazir,” komennya di ruangan Facebook Berita Harian Online hari ini.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menganggap wajar jika pemansuhan skim bayaran pencen hanya membabitkan wakil rakyat saja, bukannya semua penjawat awam.

Sebagai contoh Rashid Hamat melalui komennya berkata, “Pemansuhan pencen khusus untuk barisan menteri dan wakil rakyat sahaja. Pencen penjawat awam dikekalkan dan perlu ditambah amaunnya,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.

Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 15

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi

by thevokal 03/03/2026 27

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu

Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 66

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.