
Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia – Bergegas Pulang Dari Cuti Di Pulau
Penyanyi Khai Bahar bergegas pulang dari bercuti dari sebuah pulau sebaik mendapat perkhabaran ibunya meninggal dunia malam tadi.

Khai dalam satu hantaran di Instastory di akaun Instagram miliknya berkongsi klip video dia menaiki bot dengan kapsyen ‘Mak.’

“Alhamdulillah dapat balik naik bot malam ini,” tulisnya.
Khai turut berkongsi tangkap layar dengan tulisan, “Mak, Herol dah otw balik ni.”

Terdahulu, ibu penyanyi itu, Rosnah Muhammad, 61, disahkan meninggal dunia malam tadi di Kangar, Perlis.
Khabar duka itu dikongsi pengurus penyanyi itu, Rizal, menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.
“Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” tulisnya.

Khai sebelum ini memaklumkan kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru. – THE VOKAL