Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Ikut Suka Merekalah…” – Jawapan Jujur Shila Amzah Saat Mengulas Tentang Perceraian Ibu Dan Bapanya
 “Ikut Suka Merekalah…” – Jawapan Jujur Shila Amzah Saat Mengulas Tentang Perceraian Ibu Dan Bapanya
Selebriti Semasa

“Ikut Suka Merekalah…” – Jawapan Jujur Shila Amzah Saat Mengulas Tentang Perceraian Ibu Dan Bapanya

by VOKALIS 11/08/2023 234

KUALA LUMPUR – Sedia maklum, ibu dan bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman sudah pun bercerai.

Semalam penyanyi itu menerusi video siaran langsung di TikTok memberitahu, sebagai anak, dia tidak boleh memaksa ibu dan bapanya untuk terus bersama.

“Kahwin dan cerai itukan jodoh. Jangan risaukan mak saya, doakan yang baik-baik saja.

“Takkan nak paksa mereka untuk bersama? Anak-anak semua dah besar,” ulasnya menjawab persoalan netizen.

Pada masa sama, Shila menyerahkan kepada ibu dan bapanya untuk mencari kebahagiaan masing-masing.

“Ikut suka merekalah. Dua-dua dah dewasa, carilah kebahagiaan sendiri,” ujarnya.

Pun begitu, Shila akui terkesan dan sedih atas perpisahan kedua-dua orang tuanya, meskipun sudah pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan hubungan mereka.

“Tipulah kalau anak-anak tak sedih. Tetapi pada sama kami juga serabut lihat mereka bergaduh,” tambahnya.

Rabu lalu, Fauziah menerusi Instagram memaklumkan telah menerima lafaz cerai terhadapnya yang dihantar menggunakan WhatsApp. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

[V] Hanya Sekali Lafaz, Ubai Sah Memperisterikan

by VOKALIS 05/08/2023 256

KUALA LUMPUR – Pempengaruh Ubai Zulkefli dilihat sangat tenang saat upacara akad nikahnya dengan

Selebriti Semasa

Ibu Ubai Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari,

by VOKALIS 30/07/2023 309

KUALA LUMPUR – Ibu kepada tunang Shila Amzah yang juga pempengaruh terkenal, Ubai iaitu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.