Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. ‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah dia rawat hormon, bukan terus cerai’ – Dr Afif
 ‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah dia rawat hormon, bukan terus cerai’ – Dr Afif
Santai

‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah dia rawat hormon, bukan terus cerai’ – Dr Afif

by thevokal 28/09/2025 30

TIDAK dinafikan, terdapat sesetengah masyarakat kita memandang remeh terhadap kepentingan seks atau hubungan intim dalam rumah tangga terutamanya apabila sudah lanjut usia.

Kebiasaannya golongan ini menganggap bahawa hubungan seks bukanlah antara tunggak utama kemesraan dan romantik suami isteri.

Misalnya kita pernah dikejutkan dengan kisah suami menceraikan isteri hanya kerana tidak puas dalam hubungan intim. Antara alasannya adalah disebabkan isteri melalui fasa menopaus.

Implikasi nyata adalah gejala menopaus yang serius boleh menjejaskan kualiti kehidupan wanita selain memberi kesan kepada hubungan intim suami isteri.

Menurut doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan yang juga penceramah kesihatan, hal ini tidak boleh diambil mudah dan memerlukan komunikasi sewajarnya antara suami dan isteri.

“Isu sebegini sering berlaku dalam masyarakat kita namun tidak ramai yang berani tampil menyuarakannya kepada doktor. Mungkin juga tak tahu apa cara penyelesaiannnya.

“Lelaki ini nafsu seksnya sentiasa ke depan berbanding wanita. Jangan terkejut, lelaki berusia 60-an pun masih ada keperluan seks.

“Namun, seorang suami juga sewajarnya faham keadaan biologi seorang isteri yang pastinya akan memasuki fasa menopaus yang kebiasaannya berlaku ketika berusia 45 hingga 55 tahun.

“Suami kena faham situasi yang dihadapi isteri. Kena lihat. Kadang-kadang isteri menghampiri fasa menopaus. Tanya dan selidiklah.

“Suami kena faham, situasi ini menyebabkan hormon estrogen isteri menurun sekaligus faraj jadi kering. Inilah penyebab libido (nafsu seks) wanita itu jadi semakin berkurangan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Al Farhain juga mengesyorkan agar para suami bawa isteri jalani rawatan hormon.

Rawatan hormon untuk menopaus, atau Terapi Penggantian Hormon (HRT), melibatkan penggunaan hormon seperti estrogen dan progestin untuk mengurangkan gejala seperti hot flashes (badan mudah panas) dan kekeringan faraj.

“Apabila tidak puas dalam hubungan intim, suami Jadi kena cari cara atasi masalah ini. Janganlah jadikan ini sebagai alasan untuk bercerai atau berkahwin senyap-senyap. Ini yang selalu terjadi.

“Sepatutnya, suami kena cari jalan bagaimana hendak memperbaiki kekurangan dalam hubungan kelamin. Banyak cara sebenarnya, cuma kenalah ada usaha sikit.

“Misalnya kalau faraj kering, boleh menggunakan pelincir. Jika tidak membantu, saya syorkan bawa dan bantulah isteri jalani rawatan hormon untuk menopaus iaitu HRT.

“ Ia selamat dan berkesan untuk kebanyakan wanita, tetapi pilihan rawatan bergantung pada sama ada pesakit mempunyai rahim atau tidak.

“Wanita tanpa rahim mungkin hanya memerlukan estrogen, manakala mereka yang mempunyai rahim akan diberi gabungan estrogen dan progestin.

“HRT ini boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti pil, gel, tampalan atau suntikan,” katanya.

Dr Afif menjelaskan, banyak manfaat rawatan hormon menopaus ini, namun harus merujuk dan mendapatkan nasihat doktor.

“Antara manfaatnya, HRT sangat berkesan untuk mengurangkan gejala yang menyusahkan seperti hot flashes dan berpeluh malam.

“Ia juga dapat membantu wanita menavigasi peringkat menopaus dengan lebih baik serta membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa.

“Kehidupan yang lebih selesa ini termasuklah memperbaiki kekurangan dalam hubungan intim bersama suami.

“Apa-apa pun, dapatkan rundingan doktor terlebih dahulu kerana setiap orang berbeza tahap hormon dan menopaus yang dialami,”tambahnya lagi. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium

by thevokal 30/09/2025 244

BIDUANITA Negara dan ikon muzik Asia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan perjalanan seninya

Santai Selebriti

Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai

by thevokal 28/09/2025 39

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki

Santai Semasa

‘Faraj wanita seperti getah, boleh mengembang dan

by thevokal 28/09/2025 32

TERDAPAT sesetengah wanita meluahkan rasa bimbang faraj mereka boleh menjadi longgar jika kerap melakukan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.