Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Jaclyn Victor Muncul Juara All Stars Gegar Vaganza
 Jaclyn Victor Muncul Juara All Stars Gegar Vaganza
Selebriti Semasa Sohor

Jaclyn Victor Muncul Juara All Stars Gegar Vaganza

by VOKALIS 10/12/2023 1135

Jaclyn Victor dinobatkan juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Jaclyn yang menyampaikan lagu When You Believe dan duet Sandarkan Pada Kenangan bersama Datuk Jamal Abdillah menewaskan tujuh yang lain.

Untuk rekod, Jaclyn ialah juara Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan.

Beliau turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 dan hadiah sampingan.

Kesemua finalis membawa lagu popular K-pop Let’s Kill This Love nyanyian Blackpink dan Sorry Sorry oleh Super Junior, dalam pusingan battle.

Kesemua finalis membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian dan trofi.

Naqiu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Bos Susu.

Kesemua mereka diadili juri profesional Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Ella sebagai juri jemputan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 34

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 40

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 54

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.