Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’ Dalam Kolaborasi Eksklusif… Jualan Pra-Ramadan Beri Tawaran Istimewa
 Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’ Dalam Kolaborasi Eksklusif… Jualan Pra-Ramadan Beri Tawaran Istimewa
Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’ Dalam Kolaborasi Eksklusif… Jualan Pra-Ramadan Beri Tawaran Istimewa

by thevokal 26/01/2026 7

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu detik bersejarah apabila tampil menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar buat julung kalinya menerusi acara eksklusif, Jakel Fenomena Raya 2026.

Pertunjukan fesyen yang berlangsung baru-baru ini menjadi platform utama bagi memperkenalkan koleksi Raya terbaharu Jakel 2026, sekali gus menandakan transformasi baharu jenama tersebut dalam meraikan fesyen raya dengan pendekatan yang lebih segar, moden dan berimpak tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pemasaran & Promosi, Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel, penganjuran Jakel Fenomena Raya 2026 adalah satu detik bersejarah buat syarikat itu.

“Selepas lebih 40 tahun Jakel berada dalam industri, ini adalah pertama kali kami menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar.

“Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, tetapi menjadi simbol evolusi dan aspirasi kami dalam mengangkat fesyen Raya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Jakel Fenomena Raya 2026 turut menampilkan kolaborasi eksklusif bersama bintang tersohor Fazura

Lebih mencuri tumpuan, Jakel Fenomena Raya 2026 turut menampilkan kolaborasi eksklusif bersama bintang tersohor Fazura, yang menjadi antara sorotan utama acara tersebut.

Kolaborasi ini bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena dan keterujaan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri fesyen.

“Kolaborasi eksklusif bersama Fazura ini kami jangka mampu mencipta impak besar dan mencetuskan fenomena tersendiri. Ia selari dengan matlamat kami untuk memastikan Jakel Fenomena Raya 2026 mendapat perhatian meluas, terutamanya dalam kalangan media digital dan e-media,” jelas Muzaffar.

Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026, yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, iaitu Nabil Ahmad dan famili,

Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli dan Que Haidar.

Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026, sebagai usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu.

Antara duta Gen Z terbabit ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Kesemua duta ini tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Pada masa sama, Jakel turut mengumumkan pelancaran Jakel Pra-Ramadan Sale yang akan berlangsung bermula 23 Januari hingga 18 Februari ini, bersempena pengenalan New Collection 2026.

“Jualan Pra-Ramadan ini memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan koleksi Raya 2026 lebih awal dengan tawaran istimewa. Ia adalah sebahagian daripada komitmen Jakel untuk

memastikan pelanggan sentiasa menikmati pilihan terbaik menjelang Ramadan dan Aidilfitri,” tambah Muzaffar.

Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen, malah menjadi manifestasi komitmen Jakel dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju fesyen Raya negara, memperluas kolaborasi strategik serta mencipta fenomena baharu yang relevan dengan kehendak generasi masa kini. – THE VOKAL

 

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 17

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 31

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 26

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.