Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. “Jangan Mimpi Nak Naik Pentas!” – Top 5 Penyampai Radio Popular, DJ Sonic Tenang Populariti Diperleceh
 “Jangan Mimpi Nak Naik Pentas!” – Top 5 Penyampai Radio Popular, DJ Sonic Tenang Populariti Diperleceh
Santai Selebriti Sohor

“Jangan Mimpi Nak Naik Pentas!” – Top 5 Penyampai Radio Popular, DJ Sonic Tenang Populariti Diperleceh

by VOKALIS 15/07/2023 547

KUALA LUMPUR – Kali pertama membolosi senarai Top 5 Penyampai Radio Popular ABPBH 35, Sonic Hussein atau tegar disapa DJ Sonic beranggapan ia adalah peluang terakhir untuknya menikmati keterujaan tersebut.

Ini kerana menurutnya, saban hari pasti akan muncul ramai bakat baharu dalam industri penyiaran yang semakin kompetitif termasuk daripada barisan penyampai ternama dan popular sedia ada.

Sonic akui Fara Fauzana banyak memberi inspirasi kepadanya sepanjang bergelar penyampai.

“Saya rasakan inilah momen saya dalam pencalonan ini. Walau apapun, saya tetap akan berjuang habis-habisan sehingga ke hujung garisan penamat.

“Setiap hari selama lebih dua dekad bergelar deejay, saya akan sentiasa dan terus bekerja keras agar lebih dikenali,” balas DJ Sonic selain menyifatkan kerjayanya dalam dunia penyiaran kian kukuh.

View this post on Instagram

A post shared by Dj Sonic Hussien (@djsonichussien)

Namun, menjelang ke acara kemuncak yang bakal berlangsung pada Jumaat depan, DJ Sonic atau nama penuhnya, Awang Suffian Awang Hussein, 44, tidak menafikan ada liku yang terpaksa ditempuhinya.

“Selaku kakitangan di stesen radio kerajaan iaitu Nasional FM, saya sedar barisan penyampai kami tidaklah segah mereka yang bertugas di konti swasta.

“Pun begitu, saya tidak melihat situasi itu sebagai penghalang untuk meraih apa jua kejayaan,” ulas anak kelahiran Kapit, Sarawak itu.

Akuinya, paling pedih apabila terdengar segelintir orang mengeluarkan kenyataan prejudis termasuk menafikan kredibiliti dimiliki usai bergelar deejay selama 23 tahun.

“Sedih sangat apabila saya terdengar dan terbaca kata-kata seperti itu.

Sonic bersama rakan penyampai, Dyya Nawai dan Nazrie Fahmi yang mengendalikan segmen pagi iaitu 3 Suara di Nasional FM,

“Siap ada yang bersumpah menyatakan saya takkan menang. Malah disindir supaya jangan mimpi nak naik pentas terima trofi,” dedah penyampai yang terkenal dengan kebolehannya bertutur pantas persis watak kartun seekor landak bernama Sonic.

Biar apapun yang sudah, sedang dan bakal terjadi, DJ Sonic menetapkan pendirian untuk bersabar serta menenangkan diri, bahkan membalas segala cemuhan itu dengan senyuman manis yang senantiasa terukir di bibirnya.

View this post on Instagram

A post shared by Dj Sonic Hussien (@djsonichussien)

“Pengalaman yang dilalui sepanjang pertandingan ini berlangsung membuatkan saya menjadi lebih matang.

“Saya cuma optimis dan positif. Semua ini kuasa Allah. Kalau menang, ia memang satu kemuncak dalam karier saya dan menjadi bonus.

View this post on Instagram

A post shared by Dj Sonic Hussien (@djsonichussien)

“Meski kalah sekalipun, saya tetap berbangga kerana yakin telah buat sehabis baik, cuma belum cukup baik. Saya akur dan reda…” ulasnya.

Mengimbau detik sekian lama bertugas di konti, wakil tunggal RTM berkenaa amat bersyukur atas pencalonannya dalam anugerah berprestij itu.

Kali terakhir DJ Sonic tercalon dalam acara gemilang itu adalah menerusi ABPBH edisi ke-24 iaitu pada tahun 2011. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Melly Goeslaw Pilih Ezuwan Ismail – Kali

by The Vokal 02/06/2024 246

Melly Goeslaw Pilih Ezuwan Ismail – Kali Pertama Sarung Baju Pereka Malaysia Pereka fesyen

Selebriti

[V] Pemilik DTC Motors Hadiahkan Bell Ngasri

by VOKALIS 27/07/2023 297

KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru

Selebriti Semasa

[V] “Trofi Ini Besar Maknanya Buat Karier

by VOKALIS 24/07/2023 604

KUALA LUMPUR – Deejay Suria FM, Tyzo Xander berjaya melakar sejarah peribadi apabila dinobatkan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.