Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Jerman Bukan Pasukan Sembarangan – Pencabar Utama Euro 2024
 Jerman Bukan Pasukan Sembarangan – Pencabar Utama Euro 2024
Stadium

Jerman Bukan Pasukan Sembarangan – Pencabar Utama Euro 2024

by VOKALIS 21/06/2024 366

Jerman memberi amaran mereka bukan pasukan sembarangan dan mampu menjadi antara pilihan utama untuk menjuarai Kejohanan Euro 2024.

Meskipun mencatat prestasi buruk pada Piala Dunia 2018 dan 2022 serta ketika melakukan persediaan sepanjang tahun 2023 skuad yang diberi gelaran Die Mannschaft mula bangkit membara.

Segalanya berubah sebaik sahaja saingan berprestij Eropah itu membuka tirainya minggu lalu menerusi persembahan cukup bertenaga apabila menjadi pasukan pertama meledak lima gol dalam aksi pertama selain turut bergelar negara paling awal mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati.

Memetik laporan Agensi, kejayaan itu hadir menerusi penguasaan dominan ditunjukkan bekas juara dunia empat kali itu ke atas Hungary untuk merakam kemenangan 2-0 hasil jaringan Jamal Musiala dan Ilkay Gundogan pada aksi kedua Kumpulan A di Stuttgart Arena awal pagi semalam.

Ia menghadirkan bayangan awal skuad ’emas’ bimbingan Julian Nagelsmann itu berpotensi besar untuk menjuarai Euro kali ini sekali gus menamatkan penantian 28 tahun untuk bergelar juara Eropah sejak kali terakhir mereka melakukannya pada 1996.

Gundogan antara bintang Jerman

“Kami bermain semakin baik dalam setiap perlawanan, tetapi ia tidak bermakna kami sudah sempurna. Kami masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya seperti babak pertama hari ini (awal pagi semalam).

“Apa situasi sekalipun, kami perlu bersedia mengharunginya kerana ini adalah satu kejohanan yang besar. Kami telah buktikan dalam perlawanan ini,” kata Gundogan.

Tonggak tengah Barcelona berusia 33 tahun itu sememangnya dalam kelas tersendiri dalam aksi tersebut kerana dia turut mencipta bantuan jaringan kepada Musiala yang meledak gol pertama Jerman.

Berdasarkan prestasi ditampilkan dalam dua aksi pertama termasuk menang 5-1 ke atas Scotland sebelum ini, para penyokong Jerman mula berharap pasukan kesayangan mereka mampu menamatkan penantian lama bergelar juara Eropah sejak kali terakhir pada 1996.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer percaya perkara itu mampu direalisasikan jika dia dan rakan sepasukannya terus menampilkan prestasi cemerlang seperti ditunjukkan Ketika in.

“Anda boleh merasai apa yang sedang berlaku. Jerman sentiasa dianggap pasukan pilihan tetapi kami juga melakukan kerja rumah untuk memastikan kejayaan mampu dicapai.

“Saya tidak mahu berpandangan terlalu jauh kerana buat masa ini kami mahu menamatkan saingan peringkat kumpulan yang sukar ini terlebih dahulu,” jelasnya.

Awal pagi Isnin ini, skuad bimbingan Julian Nagelsmann itu akan melengkapkan saingan Kumpulan A menentang Switzerland yang sekadar seri 1-1 dengan Scotland awal pagi semalam. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama

by Deel Anjer 09/09/2025 133

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya

Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 138

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 123

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.