Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Kawal Nafsu Kau Tu!” – Adik Aisyah Hijanah Beri Amaran Kepada Alif Teega, Tidak Gentar Disaman
 “Kawal Nafsu Kau Tu!” – Adik Aisyah Hijanah Beri Amaran Kepada Alif Teega, Tidak Gentar Disaman
Semasa Sensasi

“Kawal Nafsu Kau Tu!” – Adik Aisyah Hijanah Beri Amaran Kepada Alif Teega, Tidak Gentar Disaman

by VOKALIS 29/11/2023 1072

Adik kepada pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam dilihat terus menerus membongkar mengenai abang iparnya, Alif Teega selepas mengaku sudah berkahwin dua.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Amirul dilihat mendedahkan wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aisyah dan Alif.

“Disebabkan lelaki itu (Alif) tak nak dedahkan tentang minah itu, maaf saya yang akan dedahkan.

“Banyak masalah kau dalam syarikat. Memfitnah staf lain sampai diberhentikan. Menipu untuk bekerja! Buruk betul perangai ya ampun,” getusnya.

Sementara itu, di hantaran berbeza Amirul mendakwa Alif yang juga merupakan seorang ‘influencer’ sudah menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit sejak setahun yang lalu.

Dakwa Amirul, bukan setakat dirinya terkejut dengan perbuatan Alif malah seluruh ahli keluarga.

Pada malam Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.