Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kelab Arab Saudi, Al Nassr Sedia Labur RM99 Bilion Sambar Mbappe Dan Neymar Daripada Pasukan PSG
 Kelab Arab Saudi, Al Nassr Sedia Labur RM99 Bilion Sambar Mbappe Dan Neymar Daripada Pasukan PSG
Semasa Stadium

Kelab Arab Saudi, Al Nassr Sedia Labur RM99 Bilion Sambar Mbappe Dan Neymar Daripada Pasukan PSG

by VOKALIS 29/07/2023 237

KUALA LUMPUR – Kementerian Sukan Arab Saudi akan menyediakan £17 bilion (RM99 bilion) untuk perpindahan ke Liga Pro Saudi antara sekarang hingga 2030.

Peruntukan mewah itu termasuk dalam misi meminang tiga binta bola sepak dunia iaitu Kylian Mbappe, Neymar dan Luka Modric.

Kesemua perancangan itu adalah sebahagian daripada perancangan tujuh tahun kelab negara itu.

Mbappe (kiri) dan Neymar (kanan) bersama Messi.

Mbappe dilaporkan menerima bidaan RM1.5 bilion untuk pemain Perancis itu dari Al-Hilal yang juga juara Arab Saudi 18 kali.

Kelab itu turut menawarkan Mbappe tawaran menarik bernilai RM3.5 bilion setahun, yang akan menjadikannya bintang sukan meraih bayaran tertinggi sepanjang zaman.

Perbelanjaan itu tidak akan terhenti di situ dengan Jacobs melaporkan Neymar dan Luka Modric juga menjadi sasaran pada musim panas ini.

Laporan mendakwa Neymar boleh memperoleh RM1 bilion setahun jika dia berhijrah, dengan Al-Hilal dikhabarkan merancang bidaan RM222 juta untuk pemain Brazil itu.

Al-Hilal turut menyasarkan Modric dengan perjanjian RM995 juta dan mereka boleh bercita-cita tinggi untuk melakukan perpindahan untuk Robert Lewandowski tahun depan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.