Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ketua Polis KL Baharu – Datuk Rusdi Mohd Isa
 Ketua Polis KL Baharu – Datuk Rusdi Mohd Isa
Semasa

Ketua Polis KL Baharu – Datuk Rusdi Mohd Isa

by VOKALIS 29/03/2024 1659

Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bakal bersara wajib pada 1 April.

Allaudeen yang sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama 39 tahun memulakan karier sebagai pelatih Inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 1 Julai 1985.

Sebagai anak jati Kuala Lumpur, beliau teruja dan bersyukur kerana dapat menamatkan karier dengan berbakti sebagai Ketua Polis di sini sejak 14 Ogos 2022.

“Apa yang tertanam dalam jiwa ini adalah hanya untuk berkhidmat kepada pasukan yang mengangkat darjat diri kerdil ini.

“Tidak akan ada kehebatan dan kedudukan jika tidak kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadikan darah saya lebih biru dari merah.

“Dengan rezeki dari kerjaya polis inilah, saya membesarkan keluarga dan anak-anak saya seramai empat orang,” katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Majlis itu dimulakan dengan upacara penyerahan watikah pelantikan dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Allaudeen dan Rusdi serta penyerahan tongkat kuasa.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Rusdi termasuk Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 20

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 33

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 49

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.