Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kondo Mewah Simpan Dadah – Dua Lelaki Ditahan
 Kondo Mewah Simpan Dadah – Dua Lelaki Ditahan
Semasa

Kondo Mewah Simpan Dadah – Dua Lelaki Ditahan

by VOKALIS 21/02/2024 458

Dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘mastermind’ dan ‘storekeeper’ diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM7.6 juta di sebuah kondominium mewah di Cheras, Kuala Lumpur 14 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, tangkapan ke atas dua suspek berusia 26 dan 41 tahun itu adalah hasil serbuan pihaknya di sekitar Lembah Klang.

Sindiket itu dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan meeka menjadikan kediaman tersebut sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran khususnya di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

“Kita merampas 134.87 kilogram (kg) syabu, erimin 5 (8.25 kg), ekstasi (25.5 kg), ketamin (8.26 kg) dan serbuk MDMA (6.05 kg). Sekiranya terlepas, bekalan itu boleh digunakan oleh 850,000 penagih.

“Turut dirampas dua pucuk pistol tiruan jenis Airsoft bersama dua kelopak,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini sebanyak tiga premis mewah dikenal pasti disewa RM2,500 sebulan bagi menempatkan dadah yang dibawa masuk dari Myanmar.

“Kita percaya kondominium mewah dipilih kerana ia dikawal ketat. Salah seorang suspek merupakan ‘mastermind’, manakala seorang lagi adalah ‘runner’ atau ‘storekeeper’ yang menguruskan dadah tersebut.

“Kalau di Lembah Klang mereka akan hantar sendiri, tetapi bagi Sabah dan Sarawak dadah tersebut dihantar menggunakan kurier,” jelasnya.

Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tindakan turut diambil di bawah ADB (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana kita menyita aset bernilai RM163,300 melibatkan dua buah kereta jenis Mercedes-Benz E350 Hyundai Sonata dan jam tangan Apple.

“Kedua-dua suspek negatif dadah. Salah seorag suspek mempunyai 22 rekod jenayah dan dadah. Mereka direman sehingga 27 Februari,” katanya . – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 10

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 16

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 14

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.