Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kontrak Kaka Azraff Dengan Warner Music Akan Dihenti Serta-merta Dek Suarakan Isu Palestin?
 Kontrak Kaka Azraff Dengan Warner Music Akan Dihenti Serta-merta Dek Suarakan Isu Palestin?
Selebriti Semasa Sensasi

Kontrak Kaka Azraff Dengan Warner Music Akan Dihenti Serta-merta Dek Suarakan Isu Palestin?

by VOKALIS 02/12/2023 599

Gara-gara kelantangannya bersuara tentang konflik Palestin, pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-35 menerusi lagu Gila, Kaka Azraff telah menjadi sasaran warganet Israel.

Mana tidaknya, Kaka dengan beraninya memberi komen balas terhadap hantaran IG Story pelakon pro-Israel kelahiran Australia, Nathaniel Buzolic.

Memetik mesej ditinggalkannya, Kaka dengan selamba menolak Israel dan menyeru nama pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang terkenal dengan pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi.

“Ini kerana, Israel adalah pihak yang memulakan perang. Israel mencuri tanah warga Palestin dan kini bertindak seperti mereka mangsa? Orang sakit. Hitler sepatutnya bunuh semua Israel. Pengecut!” tulis Kaka.

Justeru, pesanan teks kiriman Kaka berkenaan telah didedahkah oleh Buzolic berdasarkan satu syot layar yang dikongsikan melalui akaun Instagram, Jew Hate Database.

Terpukul dengan kata-kata dilemparkan penyanyi pop negara itu, penyokong tegar Israel mula ‘berkempen’ untuk menjatuhkan Kaka setelah Jew Hate Database memperkenalkannya selaku penyanyi naungan Warner Music Malaysia. 

Terdahulu pada 13 Oktober lalu, label antarabangsa terbabit memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan mereka terhadap Israel dan turut melabel Hamas sebagai pengganas. 

Jadi, kini timbul persoalan apakah tindakan yang akan diambil oleh Warner Music Malaysia berhubung isu panas ini?

Ini kerana sejak semalam timbul dakwaan yang mengatakan kontrak Kaka bersama Warner Music Malaysia telah ditamatkan serta-merta. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 69

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.