Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Langgar Polis Dua Kali – Anggota Cedera Patah Tulang
 Langgar Polis Dua Kali – Anggota Cedera Patah Tulang
Semasa

Langgar Polis Dua Kali – Anggota Cedera Patah Tulang

by VOKALIS 05/02/2024 544

Seorang anggota polis cedera parah akibat dipercayai sengaja dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, di Ipoh malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian 7.30 malam itu mengakibatkan mangsa berumur 34 tahun mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Mohd Yusri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang lagi anggota polis sedang bertugas melakukan rondaan cegah jenayah bermotosikal sebelum menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz warna biru dalam keadaan keadaan mencurigakan di tepi jalan.

Katanya, pemandu Proton Iriz berkenaan kemudiannya bertindak mengundurkan kenderaan itu menyebabkan ia terus melanggar motosikal sehingga mangsa terjatuh.

Menurutnya, selepas melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta itu ke hadapan sebelum sekali lagi mengundurkan kenderaannya itu hingga melanggar mangsa buat kali kedua lalu terus meninggalkan tempat kejadian.

“Suspek memecut kereta meninggalkan tempat kejadian dengan menghala ke arah Tanah Hitam (Chemor).

“Impak pelanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan hingga tidak dapat bergerak, sebelum pemeriksaan di hospital mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu,” katanya.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera parah dengan niat membunuh.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Katanya, susulan itu usaha mengesan pemandu itu giat dijalankan dengan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubungnya diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan (ASP) Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.